PEMANDANGAN di permukaan planet
Marikh yang dirakamkan kenderaan Curiosity kelihatan seperti Gurun Mojave,
California.
PASADENA -
Kawah Gale di planet Marikh yang menjadi tempat kenderaan robotik Curiosity mendarat
kelihatan mirip Gurun Mojave, California di Amerika Syarikat (AS), menurut
seorang ketua saintis semalam.
"Pandangan
pertama yang anda akan dapati adalah bagaimana ia kelihatan seperti Bumi,"
kata Ketua Saintis Institut Teknologi California, John Grotzinger.
Gambar di
kawah itu dirakamkan oleh Curiosity selepas ia mendarat pada Ahad lalu.
Kenderaan
robotik itu dalam misi yang dihantar Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas
Kebangsaan (NASA) untuk mengesan kehidupan di planet tersebut.
NASA mendedahkan
imej gambar yang dirakamkan Curiosity di kawah tersebut kelmarin.
"Ia
menjadikan anda berasa seperti berada di tanah air," kata Grotzinger.
"Kita
memerhatikan sebuah tempat yang dirasakan amat selesa.
"Marikh,
pastinya amat berbeza dengan Bumi. Gurunnya yang dingin kerap dihujani
radiasi," tambah Grotzinger.
Kenderaan
robotik itu menjelajah sejauh 566 juta kilometer ke Marikh dari Bumi untuk misi
penerokaan selama dua tahun.
Kos misi itu
ialah AS$2.5 bilion (RM7.76 bilion). - Agensi
No comments:
Post a Comment