MEMANG ramai
orang yang berpenyakit termasuk bagi mereka yang bukan Islam mencuba kaedah
berpuasa sebagai salah satu cara mengawal penyakit mereka.
Secara
analoginya, mesin juga perlu berehat untuk memanjangkan jangka hayatnya dan begitu
jugalah dengan organ perut manusia.
Setelah
bekerja selama 11 bulan, adalah baiknya perut direhatkan dengan berpuasa.
Cuma apakah
teknik atau cara yang paling berkesan untuk mencapai matlamat tubuh sihat
dengan berpuasa? Dan bolehkah mengambil kesempatan mencapai hajat tersebut
dengan berpuasa sebulan di bulan Ramadan?
Pakar
pemakanan dari Hospital Pakar Ampang Puteri, Rose Hanizan Mat Hassan
berkata sebaiknya dalam kita berpuasa pastikan tubuh mendapat semua keperluan
nutrien berpandukan piramid makanan di samping mengawal pengambilan kalori atau
tenaga mengikut kepada kesesuaian badan kita.
"Sebagai
contoh pengambilan nasi yang sepatutnya untuk orang yang sihat dengan kuantiti
tiga senduk paras manakala bagi yang berlebihan berat badan pula dua senduk
paras.
"Jangan
tinggalkan sayuran dan buah-buahan pada waktu sahur dan juga berbuka. Manakala
pengambilan lauk-pauk juga perlu dikawal kuantitinya dan amalkan cara masakan
yang sihat.
"Paling
ideal kalau minum segelas susu pada waktu bersahur, jadi sementara tubuh
berpuasa dan organ perut berehat, nutrisi yang dimakan pada waktu sahur akan
memastikan tubuh pulih dan membekalkan tenaga pada kadar yang secukupnya
sebelum waktu berbuka," jelasnya yang ditemui di kliniknya, baru-baru ini.
Menurut Rose
Hanizan, selepas waktu Subuh hingga sebelum berbuka, organ perut memang akan
berada dalam tempoh 'rehat'.
Apabila
waktu berbuka ia sudah bersedia untuk 'bekerja' semula.
"Waktu
berpuasa ini juga adalah satu 'latihan' yang diajar pada perut untuk menjadi lebih
efektif. Ketika berpuasa juga saiz perut akan berada dalam keadaan asal di mana
ia tiada mengandungi makanan.
"Jadi
janganlah pula waktu berbuka terus mengambil makanan dalam kuantiti yang lebih
daripada apa yang badan perlukan. Maka sebab itu mengikut kepada sunnah
Rasulullah S.A.W adalah sebaiknya untuk kita berbuka dengan tiga biji buah
kurma berserta air.
"Jenis
makanan yang sebaiknya untuk memulihkan tubuh pada bulan puasa ini ialah
digalakkan mengambil karbohidrat yang tinggi dengan serat.
"Selain
itu lebihkan sayuran dan buah-buahan dan kurangkan makanan yang berkarbohidrat
ringkas seperti gula dan susu pekat manis serta kurangkan makanan yang berlemak
dan berkolesterol.
"Jika
kita terlalu mengikut hawa nafsu makan dan tidak mengawal apa yang di makan
akan timbul penyakit lain seperti gastrik, berlebihan berat badan atau obes,
penyakit kencing manis dan lain-lain lagi" ujarnya.
Menurut Rose
Hanizan lagi, individu yang obes sekiranya konsisten berpuasa dan mengikut
rejim pemakanan yang betul serta berkhasiat ditambah dengan senaman ringan,
pasti dapat mengurangkan berat badan sekali gus menyihatkan tubuh mereka.
"Apabila
sahur dengan makanan seimbang dan berbuka juga seimbang dengan kuantiti yang
betul, mana-mana tubuh yang tidak sihat pasti akan mendapat tak banyak sedikit
manfaatnya," jelasnya.
Rose Hanizan
turut berpesan, sebelum tidur digalakkan mengambil snek ringan yang berkhasiat
seperti biskut rendah lemak, tinggi fiber bersama secawan air susu satu jam
atau setengah jam sebelum tidur.
"Perlu
diingatkan walaupun berpuasa pastikan kuantiti pengambilan air kosong lapan
gelas sehari dicukupkan. Untuk menyihatkan tubuh ini memang penting, apatah
lagi bagi mereka yang hendak menguruskan badan.
"Ramai
yang mungkin tidak tahu bahawa pengambilan air adalah salah satu cara yang
efektif untuk ia berfungsi serta memberi kesegaran dan menyingkirkan sisa
toksik makanan dari dalam tubuh," ujarnya mengakhiri bicara.
No comments:
Post a Comment