expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday 10 August 2012

Pakar Switzerland dijemput bantu autopsy


















Hasil kajian sebuah institut di Switzerland mendapati Arafat diracun dengan bahan sama yang digunakan untuk membunuh perisik Rusia, Alexander Litvinenko di London pada 2006.


RAMALLAH -  Kumpulan pakar dari Switzerland dijemput ke Tebing Barat untuk membantu prosedur autopsi bagi menentukan punca kematian bekas Presiden Palestin, Yasser Arafat yang dikatakan meninggal dunia akibat diracun  dengan polonium-210.


Keputusan itu diumumkan, kelmarin susulan daripada pendedahan pakar dari Switzerland, bulan lalu yang mendapati Arafat mungkin diracun berdasarkan penyelidikan dilakukan ke atas beberapa sampel pakaian sebelum beliau  meninggal dunia pada 11 November 2004.


Awal bulan ini, balu dan anak perempuan Arafat mengemukakan tuntutan kepada mahkamah di Perancis untuk menjalankan siasatan bagi mengetahui punca kematian misteri bekas pemimpin Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO)  tersebut.


Pelbagai spekulasi berhubung kematian misteri beliau diperkatakan semula selepas kumpulan doktor yang merawatnya di sebuah hospital di Perancis juga gagal menemui punca sebenar kematiannya.

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com