expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, 22 February 2013

8 OASIS INDAH DI GURUN PASIR




Gurun pasir tidak semuanya pasir. Di beberapa lokasinya terdapat tasik-tasik alam yang airnya berasal dari sumber air tempatan ataupun yang berasal dari curahan hujan tahunan.


Di sini juga biasanya dijumpai pokok-pokok palma malah terdapat juga tanaman buah-buahan dan taman yang subur. Di lokasi oasis seperti inilah biasanya populasi terbentuk. Sayangnya banyak yang lenyap kerana pelbagai sebab.


1. Tasik-tasik Ubari, Oasis Erg Awbari, Sahara


Lokasinya berhampiran Fezzan dan 30 km di sebelah utara Germa, Libya. Tasik berair masin ini merupakan suatu lokasi pusat perdagangan bagi warga tempatan yang kebanyakan menjual cenderamata dan barang-barang lainnya di pinggir tasik.





Umm Al-Maa, yang bererti Ibu Air, merupakan salah satu tasik terbesar di oasis ini. Sayangnya, seperti danau-danau lainnya, lapisan air di kawasan ini sangat kurang sehingga tasik-tasik ini mulai mengering.






Dengan airnya yang mulai kotor, kandungan garamnya pun pada masa ini sama dengan di Laut Mati. Tingginya garam di tasik Umm Al-Maa menjadikan anda mudah terapung jika mandi di sini.







 

Bekas kota Gebraoun yang telah ditinggalkan penduduknya terletak tidak jauh dari sini dengan runtuhan bangunan yang impresif menunjukkan bahawa tasik-tasik di sini pernah menjadi sumber pergantungan hidup yang mencukupi dan berkualiti.


2. Oasis Huacachina, Peru


Hucachina merupakan bandar oasis kecil di daerah Ica, barat daya Peru. Oasis yang diberi nama "Oasis of Americas" ini merupakan kawasan resort popular di kalangan pelancongan asing atau pun tempatan.


Legenda tempatan menceritakan bahawa tasik ini terbentuk semasa pemburu muda mengganggu seorang puteri cantik yang sedang mandi. Puteri tersebut segera pergi menghilang dan meninggalkan kolam air yang kemudian menjadi tasik.









3. Oasis Turpan, China


Turpan, atau dikenali juga dengan nama Tulufan, merupakan bandar oasis di daerah Xinjiang Uygur, China. Jaraknya hanya 8 km sebelah barat runtuhan kota Jiaohe, suatu daerah sempadan pasukan garnisun yang dihancurkan oleh Genghis Khan pada zaman dinasti Han.





4. Tasik Gurun di Brazil


Tasik gurun yang indah ini terletak di Lençóis Maranhenses National Park, Maranhao, Brazil. Terbentuk sebagai sebahagian dari suatu sistem tasik air tawar yang berasal dari hujan selama enam bulan pertama tiap tahunnya dan kemudian akan berkurang secara bertahap dan tahun berikutnya airnya akan bertambah kembali.


Beberapa tasik di antaranya terdapat pokok-pokok palma, sementara yang lainnya gersang.





5. Tasik Creescent di Gurun Gobi China


Tasik gurun ini terletak di hujung sebuah kota kuno yang boleh dijumpai dalam perjalanan sepanjang Silk Road ke Barat. Pada masa ini mulai mengering dan turun lebih dari 25 kaki sepanjang 30 tahun terakhir kerana digunakan terus oleh petani dan populasi yang semakin meningkat.


Ini mengakibatkan beransur menghilangnya tasik ini yang telah wujud sejak ribuan tahun yang lalu.





6. Oasis Chebika, Tunisia


Oasis cantik ini mungkin adalah oasis yang paling banyak dilihat orang tanpa disedari. Di sinilah lokasi pengambaran filem Star Wars Episode IV: A New Hope. Nama oasis ini pun akhirnya diambil dari salah satu karakter filem tersebut iaitu Chewbacca.







Beberapa jenis pokok buah-buahan lainnya, bijirin, dan sayur-sayuran juga tumbuh di sini. Hasil tinggi dan dihantar ke daerah lain di Nigeria.







8. Oasis di Oman


Oasis hijau ini tersembunyi di tengah gurun Oman. Beberapa oasis bagi kesultanan Oman kerap dijadikan tempat kajian botanikal di bidang agro-biodiversity. Para pengkaji juga mencari sebab mengapa jumlah oasis berkurang dengan cepat.





Sebenarnya masih banyak oasis semulajadi lainnya di muka bumi ini, tapi inilah yang masih berbaki dan dimanfaatkan manusia dan terdokumentasi.


38 comments:

  1. Subhannallah! Cantiknya ciptaan Allah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. subhanallah..memang cantik ciptaan Allah..:-)

      Delete
  2. walau pun gurun berpasir...tapi indah ciptaan tuhan nie kan...?

    ReplyDelete
  3. Subhanallah.. Bnyk pengetahuan ttg oasis dpt diketahui. Sgt informatif.

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks..semoga bermanfaat utk anda..:-)

      Delete
  4. subhanallah..sungguh indah ciptaan Yang Maha Esa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. subhanallh..memang tersangat indah ciptaan ilahi..:-)

      Delete
  5. Oasis Huacachina, Peru tu cantik. tepi2 pasir kt tengah ade kehidupn. Subhanallah

    ReplyDelete
    Replies
    1. a ah..memang cantik kan..mesti best klu pergi sana..:-)

      Delete
  6. Jom! Jemput join segmen pertama saya http://nasuhanass.blogspot.com/2013/02/segmen-saya-suka-makan.html

    ReplyDelete
  7. Indahnya ciptaan Ilahi..Subhanallah

    ReplyDelete
  8. lawa, mesti best mandi kat sana kan?hehe (^___^)

    ReplyDelete
  9. SubhanaAllah...cantik sgt, mcm2 perasaan menyerbu diri bila tgk...ternganga pun ada jugak. :)

    ReplyDelete
  10. Wow..ad pakej perlancongan ke sana tak? Rasenye mahu cuba dtg kesana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada la..ikut negara masing2..hoho..:-)

      Delete
  11. habibi ana mau pergi sana laa...fuhhh kalo kite kat sana baru terasa mcm mana depa byg2kan air depan mata mereka...em em

    ReplyDelete
    Replies
    1. habibi ante boleh pergi sana laa..betul tu..boleh rasa nikmat sendiri kat sana..hehe..:-)

      Delete
  12. Subhanallah......cantik walau di tengah2 gurun pasir yg gersang tu.....

    ReplyDelete
  13. sangat cantikkkkkk...Oasis tengah padang pasir....tengah panas pastu terjun mandi kat oasis segar giler...hahaha

    ReplyDelete
  14. Oasis nie adalah kawasan lembah di tengah2 padang pasir... kawasan oasis biasanya sangat subur dan sangat sesuai untuk bercucuk tanam kan...tak sangat kawasan oasis juga mempunyai pemandangan yang sangat cantik....subhanallah....

    mselim3

    pls: Indahnya ciptaan-Nya pasti terpaku,,,,

    ReplyDelete
  15. wah...gud info..taktaulah pulak padang pasir ade oasis..
    dah macam astro oasis :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks..dalam geografi ada belajar part nie..:-)

      Delete
  16. mmg indah ciptaan allah ni...walaupun tempatnya gersang masih ada sumber air bg kelangsungan hidupan....

    ReplyDelete

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com