expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday 11 February 2013

Aneka Petua Kecantikan





Salam buat pembaca seribupilihan semua.., di sini seribupilihan ada nak kongsikan satu artikel yang berkaitan dengan petua-petua kecantikan yang saya rasa sesuai untuk kita amalkan., 


So, daripada kita menghabiskan duit beli produk-produk kecantikan tu.., apa kata kalau kita cuba petua-petua ni.. Insya Allah sekiranya di izinkan oleh-Nya maka dapatlah kita akan hasilnya.., So, selamat membaca & selamat mengamalkannya sekiranya ianya baik untuk kita semua.., 


Wassalam..;-) 


1.Ringan Jodoh


Hendaklah dibacakan Surah Yusuf pada sebekas air yang bersih sebanyak 3 kali pada malam Jumaat. Air itu hendaklah dimandikan tiga pagi berturut-turut dan diminum 7 kali setiap hari selama tiga hari berturut-turut.


2.Penawar Resdung
 

Petua yang paling mudah dan berkesan ialah dengan mengamalkan menyedut air ke dalam hidung (seperti sebelum kita ber wuduk).Kemudian picit sebelah hidung dan hembuskan sekuat hati. 


Buatlah berulang-ulang kali sehingga selesai kedua-duanya. Selepas itu basuhlah muka dengan bersih. Lakukan ini setiap kali setelah sampai ke satu-satu destinasi, baik ke pejabat, bersantai, beriadah atau pulang ke rumah malah ke mana saja. Kesannya sungguh menakjubkan.


3.Melicin dan Memerahkan Kulit Muka 


Ambil sebiji buah tomato masak, lecek hingga halus. Kemudian pupurkan di seluruh muka. Biarkan mengering selama 20 minit. Bilas dengan air bersih. Amalkan seminggu 2/3 kali.


4.Menegangkan Kulit Muka 


Ambil tepung ubi kayu dan mentimun. Timun itu hendaklah di sagat/dihancurkan terlebih dahulu atau dilumatkan. Kemudian campurkan kedua-duanya dengan air sedikit. Kacau sehingga rata dan jangan terlalu cair..


Selepas itu, sapukan ke muka dan biarkan ia kering. Kemudian basuh. Dengan cara ini ia dapat menegangkan kulit muka serta menampakkan keputihan di muka dan menjadikan kulit kita segar...


5.Menghilangkan Cagu 


Perahkan sedikit air limau kepada kuku yang mencengkam pada daging (cagu). Biarkan selama beberapa minit. Jika boleh, potonglah kuku yang termasuk dalam daging tersebut. Lakukan 2 kali sehari dengan menitikkan air limau pada cagu. Cagu akan beransur pulih.


6.Menyerikan Wajah 


Wanita yang inginkan wajahnya sentiasa berseri apabila dipandang bolehlah mengamalkan amalan ini di setiap pagi iaitu selawat sebanyak tiga kali sebelum mencuci muka dan sapukan air itu kemuka. Insyaallah akan berserilah wajah anda. Selamat mencuba. 


7.Menghaluskan Kulit 


Buah tomato dikisar halus. Lumurkan pada muka seberapa ketika. Sebaiknya dilakukan pada waktu malam kerana tiada gangguan. Setelah agak lama, cuci muka dengan air suam. Amalkan selalu. Buah tomato ini juga berfungsi untuk membersihkan kulit.


8.Menghilangkan Bau Badan 


Potongkan limau kasturi dan buangkan bijinya. Kemudian makanlah kulit limau kasturi itu bersama airnya. Amalkan selalu. Badan Ringan Dan Bertenaga Minum air rebusan serai dan halia (yang dititik), kulit kayu manis dan lada hitam. 


Jika kita meminum air rebusan ini pagi dan malam insyaAllah badan akan menjadi ringan dan bertenaga. 


Selain itu untuk meningkat tenaga wanita, amalkan pengambilan 4 biji telur mentah sehari.


9.Melembutkan Rambut 


Ambil secekak kangkung dan bersihkan. Masukkan dalam bekas. Bubuh enam camca air suam dan ramas kangkung hingga mengeluarkan lendir. Lendir itu sapukan pada seluruh rambut dan biarkan seketika. Kemudian bilas rambut dengan air bersih. Lakukan selama dua minggu.


10.Merawat Kulit Berkedut 


Parutkan sebatang lobak merah yang telah dibersihkan, lalu dicampurkan bersama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Sebatikan bancuhan itu lalu dioleskan kepada kulit sekali sehari. Amalkan sehingga berkesan.


11.Melentikkan Bulu Mata

 
Ambil daun lidah buaya Sebelum masuk tidur, sapukan lendirnya pada bulu mata. Amalkan selalu hingga bulu mata semakin lentik.


12.Menghilangkan Parut 


Ambil sedikit asam jawa, kemudian ramas dengan mencampurkan sedikit air. Jangan terlalu cair. Selepas itu, sapukan pada tempat yang berparut. Biarkan sehingga kering. Seelok-eloknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur. Insyaallah ia amat berkesan untuk menghilangkan parut.


13.Melebatkan Rambut 


Ambil daun bunga raya yang bersih, ramas sehingga keluar lendir. Ambil lendirnya dan campurkan dengan sebiji telur ayam kampung beserta satu sudu madu lebah. Gaulkan sekata dan sapukan pada rambut anda. Perap dengan tuala lebih kurang 10 minit dan kemudian cuci dan bilas rambut sehingga kering. Amalkan dua kali seminggu.


14.Awet Muda 


Semasa berdandan di waktu pagi baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajah seperti Nabi Yusuf. Amalkan setiap pagi. 


15.Kulit Cerah dan Licin 


Ambil sebiji limau nipis dan dibelah dua Semasa mandi, gosokkan pada muka dan seluruh badan Insyaallah, kulit akan cerah, licin dan harum. 


16.Rambut Lebat 


Setelah selesai makan, basuh tangan dengan air sehingga bersih. Selawat 3 kali Tangan yang masih basah itu segera dilap atas rambut.


17.Mengurangkan Dengkur 


Tumbuk lumat tujuh biji badam dan campurkan ke dalam segelas susu panas. Minumlah beberapa minit sebelum tidur. 


18.Menghilangkan Ketuat 


Sapukan getah dari pelepah betik yang dipetik terus dari pokoknya. Titiskan getah itu kepada ketuat dan biarkan ianya kering sendiri. Lakukan beberapa kali. Ketuat akan mengering dan luruh sendiri.


19.Mengempiskan Perut 

 
(A) Ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih . Sebatikan lalu disapu pada perut kemudian ikat perut seperti perempuan yang baru lepas bersalin (bengkung) Jika tidak mahu bengkung, lumurkan atau sapu dekat perut sahaja, amalkan setiap malam. 


(B) Asam jawa dan garam dibancuh dengan segelas air panas. Embunkan semalaman.
Esok paginya minum air tersebut sebelum membasuh muka atau membuang air kecil. 


20.Mengelak perut buncit

 
Sekiranya anda makan nasi, jangan disulami dengan air. Minum air setelah selesai makan Sebaik-baiknya minum 1/2 jam - 3 jam kemudiannya. Petua ini dapat mengelakkan perut buncit. 


21.Mengekalkan Kecantikan 


Kalau mahukan wajah sentiasa cantik amalkan surah Yusuf setiap malam. Di samping itu, untuk mengekalkan kecantikan, tadah air embun malam Jumaat dan sapukan ke wajah, dibuat air mandi ataupun minuman. 


22.Menghasilkan Kulit Cantik 

 
Amalkan meminum air campuran pucuk pegaga dan lobak merah yang telah dihancurkan . 


23.Mengatasi Senggugut 


Senggugut memang perkara biasa yang dialami oleh wanita . Namun terdapat cara yang senang untuk mengatasi senggugut . Petua ini saya amalkan dan kesannya memang menakjubkan berkat izin Allah . 


(A) Campurkan halia yang telah ditumbuk dengan serbuk lada hitam . Kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan . Makan dalam 1 @ 2 minggu sebelum haid . Cara nak telan tu tak kisahlah macam mana pun . Tapi saya gunakan kapsul kosong lebih kurang 2 biji sekali makan .Tapi kenalah cepat menelannya sebelum ia lembik . Sekali makan anda tidak akan dapat senggugut selama 3 bulan berturut-turut . Ini adalah pengalaman saya. 


(B) Setelah saya berada di kampus amat susah bagi saya nak amalkan petua tersebut , tapi saya amalkan minum air suam . Kesannya tanpa sedari dah lama saya tak dapat senggugut. 


(C) Ambil segenggam halia dan tumbuk lumat. Masukkan ke dalam segelas air suam. Apabila halia mendap barulah diminum dengan dimulai dengan selawat. InsyaAllah, senggugut akan hilang.


24.Menegangkan Kulit Muka Dan Menghilang Jerawat 


Rebus segenggam biji kani (manjakani atau kani boleh dibeli di kedai-kedai India) di dalam periuk tanah sehingga menggelegak dan pekat. Apabila suam, sapukan pada wajah atau bahagian kulit yang anda inginkan. Tunggu sehingga kering dan cuci sehingga bersih. Amalkan setiap hari. InsyaAllah kulit tegang jerawat tiada. 


25.Menyegarkan Mata Gatal dan Letih 


Ambil beberapa helai daun sireh muda. Kemudian, cuci bersih. Ramas-ramaskan ia dan masukkan ke dalam air suam. Selepas itu, tapis airnya. Selanjutnya rendamkan mata sambil kerdipkan berulang kali. Lakukan selalu dan hasilnya anda akan merasai perubahannya.


26.Menyegarkan Mata 


Ambil timun yang telah dihiris Lekapkan pada kelopak mata Pejamkan mata untuk berapa ketika. Anda akan berasa kesegarannya selepas itu. Menaikkan Seri Muka Basuhkan muka anda dengan menggunakan air basuhan beras yang ke tiga. Bilas dengan air bersih setelah sepuluh minit. 


27.Merawat Panau 


Ambil sepotong halia, tumbuk lumat dan tempelkan pada tempat berpanau. InsyaAllah, anda akan melihat hasilnya.


28.Mengelak Rambut Gugur 


(A)Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya. Basuh hingga bersih dan kisarkan hingga hancur. Perap ramuan di atas kepala selama sejam. Lakukan 2 kali seminggu. Insyaallah anda akan memperolehi rambut lebat, hitam dan berkilat semulajadi.


(B)Ambil lemak ayam dan masak sehingga menjadi minyak. Sapukan ke kulit kepala seeloknya pada waktu malam. amalan ini juga dapat mencegah kelemumur.


(C)Rendamkan kacang hijau semalaman. Tapis dan gunakan airnya bagi disapu atas kulit kepala sambil dipicit perlahan-lahan. Amalkan selalu hingga rambut baru kelihatan tumbuh. Di samping itu, elakkan mengikat rambut dengan getah.


29.Mengurangkan Air Pada Faraj 


Tumbuk hingga halus pucuk dan buah manjakani dan hati pinang muda. Gaulkan dengan minyak minyak bijan dan kemudian kukuskan. Ramuan tersebut hendaklah dimakan ketika tengah malam.


30.Sihat Tubuh Badan 


Setelah solat Subuh, lakukan senaman ringan. Hirup udara segar di luar dan jalan tanpa memakai kasut (Mandi embun).Geselkan kaki di atas rumput yang masih berembun .


31.Melangsingkan Tubuh 


Dua biji lobak merah dan sebiji timun diparut dan diperah airnya. Campur dengan sebiji air limau nipis dan bancuh hingga sebati. Minum dua kali sehari. Amalkan sehingga mencapai berat badan ideal.


32.Menghilangkan Parut di Kulit 


Tumbuk kulit kayu manis sehingga lumat. Campurkan serbuk ini dengan sedikit air. Bancuhkan bersama dengan bedak sejuk. Setelah sebati, sapu rata di bahagian berparut. 


Lakukan sekerap yang mungkin. Lama-kelamaan, parut akan beransur hilang. Petua ini juga sesuai untuk menghilangkan bintik-bintik hitam dan jerawat di wajah.


33.Menghilangkan Bau Ketiak 


Amalkan semasa mandi, gosok ketiak di atas kepala lutut. Selain itu, setiap kali lepas mandi, sapu dengan belakang tapak tangan pada bahagian bawah ketiak.


34.Menghilangkan Kelemumur


Perahkan air limau purut/ nipis di atas kulit kepala Lumurkan rata-rata dan biarkan beberapa jam Untuk hasil yang baik, biarkan rambut anda diperapkan dengan tuala. Basuh dengan air suam. Selain itu, petua ini juga berguna untuk mengurangkan pening kepala.


35.Menghilangkan Sakit Kepala

 
(A) Ambil daun lemuni (batang yang lembut sahaja) lebih kurang sekilogram. Masukkan ke dalam sarung bantal dan tidurlah menggunakan bantal tadi. Amalkan 2-3 hari dan insyaAllah anda akan berasa segar dan ringan kepala.


(B) Ambil sebiji bawang putih, hiris nipis dan tampal pada kiri dan kanan pelipis. Bawang tadi akan menyedut bisa pada kepala tadi dan biarkan semalaman. Hirisan bawang tadi akan tanggal sendiri apabila mengering dan sakit akan beransur hilang. Pelipis akan berwarna merah kehitaman tetapi akan mengelupas dalam sehari dua.


36.Menghilang Ketumbit Mata 


Gesel 2 batang sudu. Sapukan bahagian yang digesel di tempat ditumbuhi ketumbit Lakukan sekali sehari sehingga ketumbit hilang.


37.Menurunkan Berat Badan 


(A) Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.


(B) Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari. Perah airnya ke dalam gelas yang berisi air sejuk. Masukkan ke dalam peti ais. Amalkan minum selepas makan tengahari atau selepas makan malam.


38.Mengatasi Tumit Pecah 


(A) Gosokkan tumit kaki dengan menggunakan belimbing buluh. Kemudian berus tumit kaki dengan berus lembut. Amalkan sebelum mandi.


(B) Hilangkan Pecah-pecah Di Tumit Beberapa keping asam gelugur dimasukkan ke dalam baldi yang berisi air suam. Rendamkan kaki anda selama 1/2 jam. 


Lakukan setiap hari hingga tumit sembuh semula.


39.Awet Muda 


(A) Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari yang baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Selain itu, amalkan menanam kuku/rambut yang dipotong atau gugur. 


(B) Sejurus bangun pagi, sebelum mandi dan gosok gigi, amalkan petua ini. Urutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat nabi 3 kali. Amalkan setiap hari urutan ini.


40.Mudah Bangun Pagi 


Sebelum tidur, tepuk bantal tiga kali sambil berselawat ke atas Nabi s. a. w. Niat dalam hati untuk bangun pagi Insya-Allah, esok terjaga dengan sendirinya.


41.Menghilangkan Jerawat 


Campur bedak sejuk dan asam jawa. Selawat pada Nabi 3 kali. Sapukan di muka dan di tempat jerawat Insyaallah, jerawat akan beransur hilang. 


42.Meluruskan Rambut Kerinting 


Perah sebiji kelapa dan ambil patinya sahaja Campurkan dengan air limau nipis. Simpan santan pekat ini di dalam peti ais sehingga atasnya menyerupai krim. Gunakan krim ini untuk disapukan pada kulit kepala dan rambut keseluruhannya. 


Tutup kepala dengan tuala sehingga 1 jam barulah dibilas dengan bersih. Lakukan 3 kali seminggu. Anda akan dapati rambut kerinting akan lurus sedikit demi sedikit.


43.Menghaluskan Kulit Muka 


(A) Bancuh sedikit asam jawa bersama air dan sesudu tepong ubi. kacau sehingga ia menjadi larutan pekat. Pupurkan kepada muka yang telah dibersihkan. Biarkan ia mengering lebih kurang lima belas minit. Selepas itu barulah dibilas.


(B) Didihkan susu segar atau pun susu tepong bercampur air. Biarkan ia sejuk. Lalu disapukan kepada muka. Biarkan kering lalu dibasuh dengan air bersih. 


44.Memerahkan Bibir

 
Sapukan madu asli pada bibir tiap-tiap malam sebelum masuk tidur. Amalkan selalu. Insyaallah bibir anda akan merah seperti memakai gincu.


45.Memutih dan Mengilatkan Gigi 


Ambil beberapa helai daun kelapa kering. Bakar hingga jadi abu. Gosokkan gigi anda dengan abu daun kelapa tersebut. Lakukan berulang kali dan insyaallah gigi anda putih berkilat.


46.Tegangkan Payudara 


Amalkan meminum air kanji (air didih nasi)sebelum tidur malam. Insyaallah mujarab.


47.Mengembalikan Seri Muka Selepas Bersalin 


Rebus beberapa tangkai daun inai dan minum airnya tiga kali seminggu. Seeloknya pada waktu pagi dan malam. Menguatkan Gigi Selepas membuang air besar, anda berdiri seketika. 


Kemudian, duduk bertinggung sambil dua tapak tangan mengetuk urat paha tiga kali .


Semasa mengetuk paha dengan dua tapak tangan, cengkam gigi sekuat tenaga. Selepas itu, kumur air di mulut hembuskan pada dua tapak tangan ke arah muka.


48.Menghilangkan Bau Mulut 


Tumbuk lumat sepuluh kuntum bunga cengkeh dan tiga ulas bawang putih. Kemudian gosokkan kepada gigi dan berkumur hingga bersih. Lakukannya tiga hari sekali.


49.Menghilangkan Lebam Mata 


Teh uncang yang telah digunakan jangan buang. Lekap pada mata dan biarkan semalaman. Lakukan 3 kali seminggu ketika hendak masuk tidur.


50.Menghapuskan Urat Timbul Di Kaki Sewaktu Mengandung

 
Belah beberapa ulas bawang putih lalu ditenyeh kepada urat yang mula timbul. Amalkan selalu. 


51.Mengelak Santau 


Untuk mengelakkan santau melalui makanan, pastikan sebelum menjamah makanan ,rasa lelangit kita dengan lidah. Kalau lelangit tu terasa kesat tanpa rasa geli, jangan makan makanan/minuman atau pun tutup kedua-dua belah telinga kalau tak dengar bunyi berdengung, berhati-hatilah dengan keadaan sekeliling. 


Untuk mengelakkan santau melalui angin, jangan amalkan tidur bertentangan dengan pintu.


52.Meminimakan Gangguan Semasa Tidur 


Biasakan bangun awal pada waktu pagi kerana boleh menyebabkan seseorang itu cepat merasa mengantuk pada waktu malam. Lakukan senaman kerana ia menjadikan seseorang itu cepat letih dan mengantuk. 


Hilangkan segala masalah dengan mempraktikkan hobi anda seperti membaca, bermain atau berjenaka dengan anak dan isteri. Ingatlah Allah sebelum tidur dan bertawakal kepadaNya setelah kita yakin dengan segala kerja di siang hari itu adalah ibadat.



27 comments:

  1. wah..mmg bagus semua petua2 ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang bagus..amalkan dgn teratur utk dpt hasilnya..:-)

      Delete
  2. Petua-petua di atas amat bermanfaat untuk dijadikan panduan. Terima kasih atas perkongsian.

    ReplyDelete
  3. petua ni memng berguna tuk d amalkn spya klihatn awet muda=)

    ReplyDelete
  4. Petua2 terbaik...banyak betul tu....kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang terbaik..banyak tapi kena amal dgn teratur la..baru dpt hasilnya..:-)

      Delete
  5. wahhh banyaknya petua. banyak jugak yg berguna utk saya. cuma nak buat tu malas @ rajin je. hihi..

    tq sharing. :)

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. a ah..banyak manfaat nya..cuma amalkan je..:-)

      Delete
  7. banyak petua...kena istiqamah pkai..insyaALLAH ada hasil kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya..betul tu..kena istiqamah baru dpt hasil..:-)


      Delete
  8. Banyak betol petua ni..kena print out bole wat reference..hehe..Mekasih yer..

    ReplyDelete
  9. Ad x Petua utk hilang kan kputihan ..??

    ReplyDelete
  10. Ad x Petua utk hilang kan kputihan ..??

    ReplyDelete
  11. Wah.. Perkongsian yg sgt bermanfaat.. Suka sgt baca apa yg admin post.

    Tip Kecantikan Tanpa Kesan Sampingan

    ReplyDelete
  12. thank ya sangat membantu


    kalau mau tau rahasia cantik para artis main ke web ku yaa ^_^
    beauty water

    ReplyDelete
  13. Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Tips Kecantikan.

    ReplyDelete
  14. Terimakasih atas informasinya, saya harap tulisan ini bermanfaat buat siapa saja yang membacanya.
    cara menghilangkan jerawat secara alami
    .

    ReplyDelete

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com