expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, 19 February 2013

12 Azab bagi Mereka yang Meninggalkan sembahyang




Dalam sebuah hadis menerangkan bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda : "Barangsiapa yang mengabaikan solat secara berjemaah maka Allah S.W.T akan mengenakan 12 tindakan yang merbahaya ke atasnya.

Tiga darinya akan dirasainya semasa di dunia ini antaranya :-
 

  • Allah S.W.T akan menghilangkan berkat dari usahanya dan begitu juga terhadap rezekinya.


  • Allah S.W.T mencabut nur orang-orang mukmin daripadanya.


  • Dia akan dibenci oleh orang-orang yang beriman.


Tiga macam bahaya adalah ketika dia hendak mati, antaranya :

  • Ruh dicabut ketika dia di dalam keadaan yang sangat haus walaupun ia telah meminum seluruh air laut.


  • Dia akan merasa yang amat pedih ketika ruh dicabut keluar.


  • Dia akan dirisaukan akan hilang imannya.


Tiga macam bahaya yang akan dihadapinya ketika berada di dalam kubur, antaranya :-

 

  • Dia akan merasa susah terhadap pertanyaan malaikat mungkar dan nakir yang sangat menggerunkan.


  • Kuburnya akan menjadi cukup gelap.


  • Kuburnya akan menghimpit sehingga semua tulang rusuknya berkumpul (seperti jari bertemu jari).


Tiga lagi azab nanti di hari kiamat, antaranya :



  • Hisab ke atsanya menjadi sangat berat.


  • Allah S.W.T sangat murka kepadanya.


  • Allah S.W.T akan menyiksanya dengan api neraka.
 



14 comments:

  1. Solat tiang agama.. Mana yang tak pandai bersolat boleh belajar slow2 mana yang tahu solat marilah mengerjakannya bersama2.. biar terpaksa lama2 nanti mesti terbiasa :) Moga kita semua sentiasa menjaga solat.. Terimas Seribu Pilihan kongsi pasal nie.. mengingati aida juga.. Moga Allah membalas jasa seribu pilihan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. peringatan utk semua..seribupilihan sayang semua saudara islam..sama2..:-)

      Delete
  2. terima kasih sb aling ingat mengingati cm ni :_)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2..ingat mengingati tu amalan baik..:-)

      Delete
  3. peringatan yang sangat berguna bagi semua... nice sharing dear...sorry lambat datang...semalam sibuk sikit...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu..takpe..saya faham kak farah..:-)

      Delete
  4. Peringatan buat diri ini dan semua.. Tq sharing ya..

    ReplyDelete
  5. Nauzubillah. tq ingatkan saya. :)

    ReplyDelete
  6. entri yg best...saling mengingati...:)

    ReplyDelete

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com