expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday 14 February 2013

Fakta Menarik Mengenai Gincu




  • Pada Zaman Perte­ngahan di Eropah, gincu diharamkan penggunaan­nya oleh pihak gereja kerana dianggap pemuja syaitan. 
 
  • Memakai gincu ketika era Revolusi Perancis pula boleh mengakibatkan seseorang terbunuh. Sesiapa yang menggunakan gincu ketika itu dianggap bersimpati dengan golongan bangsawan lalu diheret ke tempat hukuman penggal kepala. Era ini menyaksikan berakhirnya lelaki memakai gincu. 
 
  • Saintis Perancis mendapati seorang lelaki menelan sehingga enam paun (2.7kg) gincu sepanjang hayatnya, manakala seorang wanita sehingga 17 paun (7.65kg). 
 
  • Ketika zaman kegemilangannya, primadona Elizabeth Taylor dikenali kerana gincu merah menyala yang sentiasa dipakainya ketika berada dalam khalayak. Di set filem pula, tiada seorang pun dibenarkan memakai gincu warna sama dengannya. 
 
  • Notis obituari pe­ngasas jenama kosmetik terkenal, Elizabeth Arden menceritakan mengenai tabiatnya yang gemar menyapu gincu pada bibir haiwan. “Dia melayan wanita seperti kuda dan kuda seperti wanita”, menurut obituari itu. 
 
  • Pengasas kosmetik moden yang mempopularkan ayat ‘make-up’ dalam kamus kecantikan dunia, Max Factor asal­nya adalah tentera kepada Czar Nicholas II (pemerintah Russia). Tertekan de­ngan kehidupan itu, dia cuba mencari jalan melarikan diri dengan menggunakan gincu rona pucat yang memberikan hasil wajahnya seperti mayat. Cubaannya berhasil kerana ketika ‘mayatnya’ dibawa ke rumah simpanan, dia berjaya melarikan diri hingga berhijrah ke Amerika Syarikat. 
 
  • Ratu Elizabeth II mempunyai gincu khas yang dibuat sepadan de­ngan jubah pertabalan beliau. Ia dinamakan ‘Gincu Balmoral’. 
 
  • Presiden pertama Amerika Syarikat, George­ Washington dikatakan gemar memakai gincu.
 
p/s: Macam-macam lah mereka ni semua…



12 comments:

  1. marilyn monroe pun suka pakai gincu merah menyala. hihi..

    ReplyDelete
  2. KY pun suka pakai gincu, tapi tak suka warna yg menyerlah...yg ala2 nampak warna je..

    ReplyDelete
  3. Xpyh pakai la gincu..natural beauty is da best :)

    ReplyDelete
  4. macam2 ragam manusia ni kan..

    ReplyDelete
  5. george washgton pakai gincu ?? haha adoi.. tp lawa gle gmbr bibir bergincu tu hehe :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. a ah..tak sangka kan george washington tu pakai gincu jugak..memang lawa..hehe..:-)

      Delete

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com