expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday 8 February 2013

Ujian tingkat keimanan





Umat Islam perlu pasrah, percaya qada dan qadar


Pasrah di atas apa yang berlaku dan menganggap setiap ketentuan Allah SWT tersirat seribu hikmah adalah sifat mulia dan terpuji yang dituntut agama Islam. Ia bersesuaian dengan agama ini yang mendidik umatnya supaya sentiasa reda dalam melakukan kebaikan dan menerima ujian.


Ketetapan Ilahi adalah sesuatu yang tidak mampu ditandingi, apatah lagi kita ingkar kerana kita seorang hamba yang selalu diuji untuk menambahkan keimanan dalam diri. 


Sabda Rasulullah SAW: ‘Bila Allah cinta kepada suatu kaum, mereka diuji. Sesiapa reda menerima ujian itu, Allah reda pula kepadanya. Dan sesiapa yang marah (tidak reda), maka Allah pun murka kepadanya.’” (Riwayat al-Imam at-Tarmizi).






Raih keredaan tuhan


Sesungguhnya, jika kita pasrah terhadap apa ditentukan Allah SWT, kita juga akan memperoleh keredaan daripada Allah SWT. 


Firman Allah SWT yang bermaksud: “Wahai orang yang mempunyai jiwa sentiasa tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati dengan segala nikmat yang diberikan, lagi reda di sisi Tuhanmu. Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hamba-Ku yang berbahagia. Dan masuklah ke dalam syurga-Ku.” (Surah Al-Fajr, ayat 27-30)


Sebagai seorang hamba, setiap umat Islam perlu pasrah menerima hukum Allah SWT dan penghakiman lain yang ditetapkan melalui wahyu disampaikan Rasulullah SAW. 


Kepatuhan dan ketaatan terhadap suruhan dan larangan-Nya menunjukkan keredaan kita terhadap apa digariskan agama, apatah lagi jika kita melakukannya dengan ikhlas dan bertanggungjawab. 


Sering kali kita melihat umat Islam diuji bertalu-talu, bukan saja disiksa, tetapi itulah tanda kasih-Nya kerana kadangkala ujian sajalah yang menjadikan seseorang itu kembali kepada-Nya, sedang waktu tiada apa yang sukar, ada kalanya kita tergamak mendahulukan keseronokan dunia melebihi yang sepatutnya.




Wajah orang beriman


Ketika melalui ujian tidak tertanggung, jelas dilihat pada wajah orang beriman sifat pasrah di atas suratan dan mereka pasti bahawa hikmah tersirat lebih istimewa daripada kesusahan dihadapi. Maklumlah kita tidak mengetahui, justeru keyakinan terhadap kekuasaan-Nya sajalah yang mampu mengubat hati.


Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Dari Anas RA berkata: Sabda Rasulullah SAW: ‘Bila Allah cinta kepada suatu kaum, mereka diuji. Sesiapa reda menerima ujian itu, Allah reda pula kepadanya. Dan sesiapa yang marah (tidak reda), maka Allah pun murka kepadanya.’” (Riwayat al-Imam at-Tarmizi).


Sifat pasrah dan reda hanya dimiliki orang beriman, bukan pada munafik kerana orang yang menentang ketetapan dan suratan Allah SWT tidak tergolong dalam golongan yang beriman. 


Contoh yang jelas dapat dilihat dalam situasi mengamalkan ibadah yang diwajibkan kepada setiap individu Muslim seperti berpuasa dan solat lima waktu.


Sebagai seorang penganut agama Islam, kita wajib berpuasa pada Ramadan dan ia tidak boleh ingkar. Ketaatan kepada suruhan ini dan pasrah dengan rasa lapar dan dahaga serta menahan diri serta anggota tubuh badan daripada perkara membatalkan puasa adalah bukti kepasrahan terhadap hukum ditetapkan Allah SWT.


Begitu juga dengan perintah menunaikan solat lima waktu yang tidak dipertanggungjawabkan ke atas penganut agama lain. 


Perintah ini sukar dilakukan orang munafik, tetapi tidak susah untuk disempurnakan oleh umat yang sentiasa bersyukur di atas nikmat dan kemewahan dianugerahkan Allah SWT kepada hambanya sehingga tiada satu pun yang diminta bayaran, melainkan perintah melaksanakan suruhan dan meninggalkan larangan-Nya yang akhirnya untuk kebaikan umat Islam itu sendiri di akhirat kelak.










Percaya qada’ dan qadar


Jelas sekali percaya kepada qada’ dan qadar adalah satu tuntutan dan rukun iman ke atas setiap umat Islam. Jika tidak wajib beriman dengan qada’ dan qadar, sudah tentulah manusia tidak dapat menerima ketentuan Ilahi, sebaliknya menyalahkan pelbagai perkara sehingga akhirnya kesalahan itu berbalik kepada diri sendiri yang merugikan umat Islam juga. 


Cabaran dan dugaan dilalui setiap manusia adalah frasa kehidupan normal dan ketika itulah manusia manfaatkan untuk membuat pertimbangan sama ada terus menghadapinya dengan cekal, berikhtiar dan berusaha menyelesaikan segala kekusutan ataupun menyalahkan takdir semata-mata. 


Kepayahan mendapat jodoh yang baik, kesukaran menunaikan tanggungjawab sebagai suami, isteri, ibu dan ayah kepada anak sehingga amanah Allah SWT itu tidak terbentuk seperti dituntut agama, tiada komitmen dalam ibadah dan sebagainya perlu dianggap sebagai ujian, bukan suratan kerana ia perlu ditentang disebabkan sifatnya yang bertentangan dengan hukum Allah SWT.

6 comments:

  1. Allah sentiasa menguji hamba2 yg Dia sayang kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu..setiap ujian mesti ada hikmahnya..:-)

      Delete
  2. Terima laa qada dan qadar Allah dengan redha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu..jgn sesekali mengeluh atau menyesal dgn ujian..kadang2 ujian itu boleh menghapus dosa kita..:-)

      Delete

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com