expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday 14 February 2013

Bagaimana Cara Perempuan di Zaman Purba Memakai Gincu?



Tanyalah mana-mana wanita, pasti ada sekurang-kurangnya sebatang gincu dalam beg tangan mereka.


Biarpun wajah tidak berbedak atau mata dirias anggun, calitan gincu sudah cukup untuk me­ngubah penampilan dalam sekelip mata. 


Sejak berkurun lamanya gincu menjadi teman setia kaum Hawa yang mana wujud rekod penggunaannya pada zaman Mesopotamia purba. Wanita zaman itu menghancurkan batu perhiasan hingga menghasilkan serbuk warna lalu disapu pada bibir. 


Wanita peradaban Lembah Indus pula tidak hanya menggunakan gincu di bibir, tapi dijadikan sebagai solekan wajah manakala wanita purba Mesir mengekstrak pewarna merah daripada fucus-algin iaitu sejenis tumbuhan lalu mencampurkannya dengan 0.01 peratus iodin serta mannite bromin (sejenis logam mineral) untuk mendapatkan rona merah terang. 



Namun, kaedah wanita Mesir purba itu mengundang mudarat kerana kesan toksik daripada mannite bromin yang membawa kepada kematian. 



Ketika era kegemila­ngan Islam di negara Arab, pakar kosmetik Andalusia, Abu al-Qasim al-Zahrawi (dikenali Abulcasis) mencipta gincu jenis pepejal, dilapisi haruman dan ditekan ke dalam acuan khas. 


Kini, revolusi dan kecanggihan teknologi me­nyaksikan pasaran serta penggunaan gincu yang berkembang di seluruh dunia malah makin banyak syarikat berlumba-lumba mengeluarkan produk yang bukan saja memberikan hasil menarik, tapi selamat digunakan.





7 comments:

  1. kalau tgk citer raja2 dinasti cina, perempuan diorg pakai kertas yg warna merah tu...

    ReplyDelete
  2. pernah belajar dulu dalam sejarah ke ape. diorang guna batu kawi utk buat gincu. ;)

    ReplyDelete
  3. merah nye !!! hahaha..x berani nk pakai merah cmtu..

    ReplyDelete
  4. informasi bagus ni. lg2 laki cam sy xtau pasal gincu :)

    ReplyDelete

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com