expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday 11 February 2013

Masalah Dyspepsia (Tak hadam)




Stomach (Perut) adalah organ yang selalu dikaitkan dengan masalah tak hadam.


Dyspepsia adalah merupakan sekumpulan simptom tidak spesifik yang merujuk kepada masalah salur pencernaan makanan bermula daripada mulut ke perut dan jejunum (upper GI tract).





Antara tanda tanda tak hadam ialah pedih ulu hati yang disebabkan oleh berlapar, makan makanan tertentu, atau makan pada waktu tertentu. Masalah tak hadam juga dimanifestasi oleh rasa perut kembung/angin dan rasa kenyang selepas makan.


Loss of appetite



Antara simptom simptom yang serius termasuk:


  • Anemia (kurang sel darah merah dalam darah)
 
  • Kehilangan berat badan
 
  • Hilang selera makan
 
  • Najis berdarah (hitam) - Melaena atau muntah
 
  • Susah untuk telan makanan
 


Antara tanda tanda termasuk:


  • sakit di kawasan ulu hati sewaktu ditekan
 
Sekiranya individu itu mempunyai simptom dan tanda tanda di atas atau yang mempunyai masalah tak cerna itu berumur lebih daripada 55 tahu, maka doktor akan melakukan ujian endoskopi bagi memastikan pesakit tidak mempunyai penyakit yang lebih serius seperti kanser.


Sekiranya individu itu tidak mempunyai simptom simptom dan tanda tanda di atas dan hanya mengadu pedih ulu hati sewaktu makan, rasa perut kembung dan pedih selepas makan makanan tertentu, maka biasanya penyakit itu berpunca samada daripada ubat ubatan seperti NSAIDs ataupun penyakit gastrik. 


Untuk pesakit ini, biasanya doktor akan menyarankan mereka untuk berhenti daripada mengambil ubat NSAIDs seperti Ibuprofen, Ibalgin, Aspirin, dan menyarankan mereka untuk mengubah cara pemakanan dan mengelakkan rokok. Doktor juga menyarankan pesakit pesakit ini untuk mengambil ubat antasid di farmasi bagi mengelakkan masalah pedih ulu hati.






Sekiranya mengelakkan ubatan dan mengubah gaya hidup dengan berhenti merokok masih tidak dapat menyelesaikan masalah pesakit, biasanya pesakit- pesakit ini mempunyai masalah lain seperti jangkitan kuman H. Pylori yang menyebabkan penyakit gastrik. 


Bagi yang menghadapi masalah ini, doktor akan menjalankan ujian urea bagi memastikan sekiranya pesakit benar benar dijangkiti kuman H. Pylori dan seterusnya rawatan akan diberikan untuk membasmi kuman tersebut. Rawatan termasuk antibiotik Clarythromycin.


Gastric ulcer



Penyakit gastrik (peptic ulcer) terbahagi kepada dua bahagian iaitu gastic ulcer dan duodenal ulcer. Bagi pesakit yang menghadapi penyakit gastric ulcer, biasanya sakit akan datang selepas makan, dan ini menyebabkan pesakit terpaksa mengurangkan makan seterusnya menyebabkan mereka mempunyai badan yang kurus. Penyakit jenis ini juga boleh membawa kepada kanser. 


Duodenal ulcer



Pesakit yang menghadapi penyakit duodenal ulcer pula, biasanya pedih akan datang sebelum makan dan pesakit dapat melegakan rasa sakit tersebut dengan meminum susu atau makan. Kedua dua jenis penyakit gastrik ini biasanya berpunca daripada jangkitan kuman H. Pylori yang boleh dirawat dengan antibiotik.


Tablet clarythromycin



Kaedah rawatan penyakit gastrik:


  • Elakkan makanan yang menyebabkan penyakit gastrik
 
  • Elakkan minum kopi. Elakkan minum teh pekat.
 
  • Berhenti merokok
 
  • Antibiotik membasmi kuman H. Pylori
 
  • Proton Pump Inhibitor (PPI) seperti Lansoprazole
 
  • H2 antagonis seperti Ranitidine
 
  • Elakkan daripada ubatan yang menyebabkan penyakit gastrik seperti Aspirin.
 
  • Ubat analog prostaglandin (Misoprostol)
 
  • Pelindung sel (Sucralfate)





8 comments:

  1. takutnyaa.. kita ada gastrik teruk jugak. huuu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. elakkan makan makanan yg boleh buat gastrik seperti senarai di atas tu..

      Delete
  2. alamak najis hitam tu maksudnya berdarah ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. darah tu dah bercampur dgn najis..darah jadi beku seketul/sebati dgn najis..tu yg nampak kehitaman

      Delete
  3. Same la sy pon ada gastrik jugak

    ReplyDelete
  4. macam mana kalau najis tu keluar makanan yang kita tak hadam dan cair?

    ReplyDelete
  5. Saya x ada gastrik tapi najis saya kadang pucat kadang kehijauan. Apabila saya mkn ubt yg bersaiz besar ianya tidak hadam apakah simptom dia. Tp sya sekarang berdiet secara sihat hnya mkn nasi beras perang dan sup ikan dan sayur sahaja. Pagi2 susu omega dan roti oatmeal.

    ReplyDelete

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com