expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday 19 February 2013

Khasiat Pokok Peria




Pokok peria (Momordica Charantia L) sememangnya banyak khasiat. Baik dari segi buah, daun mahupun akarnya. Antara khasiat yang boleh anda peroleh melalui pokok peria adalah merawat darah tinggi, penyakit kencing manis, cirit birit dan menghilangkan gatal akibat campak.


Banyak lagi sebenarnya. Tapi seribupilihan akan kongsikan satu persatu dengan anda secara terperinci di bawah nanti ya.





1. Buah Peria


Dengan memakan mentah atau dijadikan sebagai ulam, buah peria dikatakan mampu merawat darah tinggi dan kencing manis serta mengubati cirit birit.


Selain itu, amalan di atas turut boleh menyembuhkan gout dan penyakit asma.


Sebagai tambahan, ia juga bertindak sebagai anti-radang. Jadi, ia berupaya menurunkan panas badan, menyegarkan tubuh serta mematikan cacing.


Jikalau anda mengalami bisul dan nakkan ia cepat masak, boleh makan ataupun sapukan saja buahnya pada mata bisul.





2. Daun Peria


Sekiranya anda berasa gatal-gatal akibat campak, tumbukkan beberapa helai daun peria dan sedikit kunyit hingga lumat.


Kemudian, sapukannya pada bahagian yang gatal. InsyaAllah rasa gatal itu akan hilang.


Selain ditumbuk, daun peria yang direbus turut mempunyai khasiat tersendiri. Anda cuma perlukan 5 helai daun peria. Bersihkannya dan rebus sampai mendidih.


Apabila anda meminum air rebusan ini, ia boleh mengatasi masalah kesukaran membuang air besar, membantu meningkatkan selera makan serta menambahkan air susu ibu.


Jikalau anda nak mencantikkan rambut pun boleh. Lumurkan saja air rebusan tadi ke kepala anda sambil mengurutnya lebih kurang dalam 10 minit. Setelah itu, biarkan saja ia lagi beberapa minit. Kemudian, barulah anda membilas rambut dengan air bersih.





3. Akar Peria


Andainya anda sakit mata hati, cuba rebus akar peria hingga mendidih. Kemudian, biarkan air rebusan tadi suam-suam kuku dan jiruskan saja ia pada mata yang sakit.


Buat sekurang-kurangnya sekali dalam sehari tau.

20 comments:

  1. peria goreng tepung...yummylicious... ^_^

    ReplyDelete
  2. banyak ek khasiat die termasuk akar dn daun.. tp tu lah hmmm pahit, heeeeee :D

    ReplyDelete
  3. tapi pahit. kalau pandai masak tak pahit kan.

    ReplyDelete
  4. banyaknye khasiat peria.
    michelle suka makan buah peria :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang banyak khasiat..bagus lah..michelle sentiasa sihat kan..:-)

      Delete
  5. takut nak mkn sebab ramai kata pahit..terjumpa dlm peti ais rsa mcm seriau gile hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...pahit tu ubat xila..cuba makan..nanti rasa nak selalu..klu pandai masak peria tu tak pahit..orang kata rendam dlm air garam klu tak nak bagi peria pahit..:-)

      Delete
  6. salam. Tahniah kepada admin blog ni kerana mnjadi follower sy yg ke-100. Boleh emelkan kat saya? sebab sy nk ucapkn terima kasih & hargai follower. jadi, boleh emelkan kat sy di rabiatun.ara@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih banyak2 ara biey..seribupilihan tak perasan pulak jadi follower ke-100..apa2 pon terima kasih ya..:-)

      Delete
  7. info yang menarik ni...cuma sy tak makan peria...mungkin nak kena modify masakan tu baru boleh makan kot....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak yah modify timi..klu pandai masak mesti sedap..klu tak nak bagi pahit peria tu rendam dlm air garam sebelum masak..:-)

      Delete
  8. info yg bermanfaat tp tu la sy kurang gemar sayur peria. mungkin sebab rasanya yg pahit tp klu pandai masak mmg sedap

    ReplyDelete
  9. info yg sgt bagus..thanks!! buat la info byk2. nanti boleh kita follow info kesihatan tbaru.

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyallah..terima kasih..seribupilihan selalu update info kesihatan..:-)

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  10. Assalamualaikum slm sejahtera kepada warga group yang ada penyakit kencing manis!!. Jom viralkan berita baik ni Bantu kakak2 abang2 kita yg ada kencing manis yg dh bertahun2 bergantung pd ubatan.

    Bantu kwn2 kita, saudara mara,jiran2 smua. Rawat terus kencing manis!

    Ini 1 penemuan herba utk rawat kencing manis dgn bacaan gula xkira betapa tggi pun.

    Herba yg di proses menjadi jus untuk pesakit kencing manis menurun kan bcaan gula yang amat tinggi

    -Kaki luka bernanah
    -Badan letih dan lemah akibat kencing manis
    -Paling penting dapat lindungi buah pinggang
    -Rasanya yang tidak pahit dan sedap untuk di minum

    🗣Jom sama2 kita viral kan, ..kita rawat cara selamat ,cara alami tanpa kandungan bahan kimia yg boleh bgi kesan yang tidak baik.

    Gula turun dengan cepat selpas hanya dua jam meminum herba ni

    Stabil kan gula kembali..paling penting dapat merawat buah pinggang!

    iNi bkn jus buah buahan campuran biasa2 yg kat luar jual ni..😆
    Ini adalah herba yg sangat sukar dijumpai dn amat berkesan.

    Mari bantu saudara mara,kwn2,jiran2 dn keluarga kte trun kan kencing manis sekelip mata!💪🏻


    NOTE :
    Ia BUKAN HERBA YG MEMANASKAN BADAN macam produk2 lain yang masukkan herba2 biasa Herba ni fresh2 di proses tiada perap simpan lama2.. boleh diambil sebagai suplement utk penyakit2 lain juga.

    Call & whats app sekarang! Nk tanya je dlu blh jgn malu.

    0174687570
    0174687570
    En mohd zuhairi

    #sharing is caring

    ReplyDelete

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com