expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday 13 February 2013

Nabi Sulaiman a.s Dan Seekor Semut Bahagian 2




Suatu hari Baginda Sulaiman a.s sedang berjalan-jalan. Ia melihat seekor semut sedang berjalan sambil mengangkat sebutir buah kurma. Baginda Sulaiman a.s terus mengamatinya, kemudian beliau memanggil si semut dan menanyainya: “Hai semut kecil untuk apa kurma yang kau bawa itu?”. 


Si semut menjawab, “Ini adalah kurma yang Allah SWT berikan kepada ku sebagai makananku selama satu tahun”. Baginda Sulaiman a.s kemudian mengambil sebuah botol lalu ia berkata kepada si semut, “Wahai semut kemarilah engkau, masuklah ke dalam botol ini aku telah membahagi dua kurma ini dan akan aku berikan separuhnya padamu sebagai makananmu selama satu tahun”. 


Tahun depan aku akan datang lagi untuk melihat keadaanmu. Si semut taat pada perintah Nabi Sulaiman a.s. Setahun telah berlalu. Baginda Sulaiman a.s datang melihat keadaan si semut. Ia melihat kurma yang diberikan kepada si semut itu tidak banyak berkurang. 


Baginda Sulaiman a.s bertanya kepada si semut, “hai semut mengapa engkau tidak menghabiskan kurmamu?”. Jawab si semut, “Wahai Nabi Allah, aku selama ini hanya menghisap airnya dan aku banyak berpuasa”. 


“Selama ini Allah SWT yang memberikan kepadaku sebutir kurma setiap tahunnya, akan tetapi kali ini engkau memberiku separuh buah kurma. Aku takut tahun depan engkau tidak memberiku kurma lagi kerana engkau bukan Allah Pemberi Rezeki (Ar-Rozak)”, jawab si semut.

10 comments:

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com