expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday 12 February 2013

Lelaki utama komitmen keluarga





London: Lelaki era moden semakin ramai mengutamakan komitmen kepada isteri yang menjadi faktor terbesar mengapa kadar perceraian menurun hingga suku di Britain. 


Penyelidik berkata, kadar perceraian di negara itu menurun sejak 10 tahun lalu kerana semakin ramai lelaki mahu supaya rumah tangga berjaya. 


Selain itu, lelaki juga semakin memandang serius komitmen kepada keluarga menyebabkan mereka tidak cenderung untuk curang. 


Ini berdasarkan satu laporan bertujuan memperdalam pemahaman mengenai perkahwinan dan mengurangkan masalah keluarga dengan menganalisis perkahwinan dan perceraian sejak 1993. 


Pada 1993, 300,000 mendirikan rumah tangga di England dan Wales tetapi angkanya menjadi 241,000 pada 2010. 


Pada masa yang sama, kadar perceraian pada 1993 ialah 165,000 sebelum mencapai 120,000 pada 2010. 


Antara sebabnya ialah kadar isteri memohon cerai dalam tempoh 10 tahun perkahwinan menurun 27 peratus yang membayangkan suami semakin komited kepada rumah tangga. 


Selain itu, permohonan wanita untuk berpisah selepas tiga tahun berkahwin juga didapati menurun kepada 51 peratus. 


Suami biasanya bagus pada awal perkahwinan, kata penyelidik laporan, Harry Benson. 


Oleh kerana majoriti lelaki tidak lagi memohon percerian dibanding dengan penurunan bilangan wanita, khususnya selepas berkahwin selama tiga tahun, ia membayangkan lelaki semakin berjaya dalam memberi kebahagiaan kepada isteri, katanya .-Agensi

2 comments:

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com