expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday 6 February 2013

16 Fakta Menakjubkan Tentang Bayi Baru Lahir





# Bayi tiada kepala lutut. Ia tidak membentuk sehinggalah bayi berusia 6 bulan


# Bayi tiada air mata. Mereka menangis dan menjerit tetapi air mata sebenar tidak wujud sehinggalah bayi berusia 5 minggu.


# Mereka mempunyai lebih tulang. Orang dewasa mempunyai 206 dan bayi pula 300 tulang. Kebanyakan dari tulang tersebut bercantum semasa bayi membesar.


# Empat dari 10 bayi mempunyai tanda lahir.


# Bayi mempunyai deria bau yang kuat. Boleh mengenali bau badan ibu sebaik dilahirkan.


# Penglihatan bayi kabur sebaik sahaja dilahirkan.


# Rambut bayi yang tumbuh semasa dalam rahim ibu akan gugur beransur ansur dan digantikan sepenuhnya oleh rambut baru apabila berusia 6 bulan.


# Bayi baru lahir secara genetiknya mempunyai deria bunyi yang kuat. Boleh membezakan bunyi-buyian dan boleh mengenali suara ibu serta merta semasa dilahirkan


# Deria rasa bayi masih tidak berbentuknya sepenuhnya semasa lahir. Tidak boleh membezakan rasa seperti manis atau masin dengan baik.


# Jantung bayi baru lahir berdenyut diantara 120-160 degupan seminit berbanding dengan degupan jantung orang dewasa iaitu 60-80 seminit.


# Bayi bernafas lebih cepat iaitu 30-50 nafas seminit berbanding dengan orang dewasa 16-20 nafas seminit.


# Berat bayi bertambah 2 kali ganda dari berat semasa lahir pada usia 6 bulan.


# Mendengarkan music klasikal menambah kepintaran bayi.


# Bayi baru lahir tidur 15-20 jam sehari.


# Bayi cuma mempunyai satu lapisan kulit sebab itulah ia akan alah dan kemerahan dengan senang kepada losyen wangi, sentuhan kasar, gigitan serangga dan sebagainya.


# Bayi mempunyai kebolehan menyelam sebaik dilahirkan tetapi kebolehan tersebut akan hilang dengan cepatnya.



6 comments:

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com