expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday 13 February 2013

Tubuh elastik




WANITA Russia yang memiliki keistimewaan kerana mampu melenturkan tubuhnya, menerbitkan kalendar 2013 khusus untuk mempamerkan keunikan dirinya.


Menggayakan pelbagai aksi, Julia Gunthel memperlihatkan keunikan tubuhnya di depan lensa kamera dengan latar belakang set pejabat.


Dikenali dengan nama Zlata ketika mengadakan persembahan, Julia kini menetap di Jerman.


Dalam kalendar itu, imej Julia dirakam ketika menaip, menjawab telefon dan membancuh kopi aktiviti yang biasa dilakukan mana-mana kakitangan.


Namun, aksi itu menjadi luar biasa kerana Julia melakukannya sambil melenturkan badan ke posisi luar biasa.


Tidak ketinggalan, aksi Julia mengendalikan komputer dengan hanya menahan berat badannya dengan tangan, manakala kakinya berada di atas skrin peranti berkenaan.


Satu lagi aksi hebat Julia dapat dilihat apabila dia membengkokkan badannya untuk menjadi seolah-olah meja.


Julia yang menggelar dirinya ‘Dewi Fleksibiliti’ sering mengeluarkan kalendar istimewa dengan mempamerkan kelebihan yang ada pada dirinya.


Memiliki ketinggian 1.8 meter dan berat 54 kilogram, satu daripada gerakan paling digemari Julia ialah melenturkan badannya ke belakang sehingga membentuk sudut 90 darjah dan seolah-olah membahagi badannya kepada dua bahagian.


Dalam keadaan begitu, tangan Julia dapat memegang kakinya tanpa mengalami kesulitan.


Tidak cukup dengan itu, Julia juga boleh mengubah suai tubuhnya supaya dapat dimuatkan dalam kotak seluas 50 sentimeter persegi.


Menyimpan cita-cita mencipta nama di Hollywood, Julia berkata, apa yang dilakukannya adalah satu perkara biasa.


“Kadangkala saya mungkin turut berasa kurang selesa jika dikehendaki memberi gaya tertentu untuk tempoh panjang.


“Namun, saya rasa itu bukan masalah kerana bagi orang biasa pun, duduk terlalu lama boleh memenatkan,” katanya.


Mengenai amalan pemakanannya, Julia berkata, dia tidak menetapkan sebarang pantang.


“Saya cuma perlu giat berlatih supaya otot dapat dibentuk dengan baik,” katanya.













6 comments:

  1. Replies
    1. memang hebat..tak tau la camne dia boleh buat camtu..:-)

      Delete
  2. amazing. lembutnya tulang dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. a ah..lembut benar..klu kita buat macam dia buat tu boleh patah semua tulang agaknya..hehe..:-)

      Delete
  3. erkkkk, ngilu pulak menengoknya...ouch!

    ReplyDelete
    Replies
    1. :-)..dia dah lama berlatih buat camtu..klu kita yg buat boleh tercabut patah semua tulang agaknya..:-)

      Delete

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com