expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday 14 February 2013

Lesu lelaki




Amalan usia muda, pemakanan salah kekang tua secara aktif.


BENARKAH lelaki hanya berjumpa doktor sedangkan wanita sebaliknya lebih beruntung kerana kehamilan membawa mereka mendapatkan khidmat doktor seawal mungkin? 


Andai itu benar, bagaimanakah kita mahu memanfaatkan usia selama mungkin, termasuk melakukan pelbagai aktiviti biarpun sudah mencecah usia atau bergelar warga emas? Ini penting kerana jika dulu, tugasan menjaga orang tua lazimnya di bahu keluarga atau anak-anak tetapi sekarang, berdasarkan perkembangan semasa, peranan itu turut diambil alih pihak kebajikan atau rumah orang tua berbayar bagi yang berkemampuan. 






Malah, kebanyakan yang meniti usia tua terutama yang mempunyai status ekonomi yang kukuh, lebih memilih hidup berdikari, kekal efektif dan mahu menikmati hidup secara aktif hingga ke akhir hayat - senario yang digelar Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) sebagai tua secara aktif. 

Malangnya, tidak ramai, khususnya lelaki yang mampu menepati konsep itu yang menurut Ketua Jabatan Urologi, Kesihatan Lelaki & Pembedahan Robotik, Pusat Perubatan Prince Court, Datuk Dr Sahabudin Raja Mohamed, sebagai keupayaan individu itu terus produktif. 


“Mereka ini boleh diharap dan boleh terus menyumbang secara efektif kepada masyarakat keseluruhannya. Bagaimanapun, berdasarkan senario semasa, ramai masyarakat dunia pada masa ini lebih dihimpit permasalahan kesihatan yang meruncing. 


“Disebabkan perubahan gaya hidup, masyarakat bukan saja cenderung untuk terlalu menikmati tetapi juga banyak makan hingga malas. Ramai tidak aktif kerana banyak menghabiskan masa duduk di depan komputer, kedai kopi, kelab, di depan TV dan terlalu sedikitnya aktiviti senaman yang membakar lemak,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.










Dr Sahabudin menyifatkan statistik perbandingan ini menunjukkan rakyat Malaysia tidak begitu sihat bukan saja dewasa tetapi juga generasi muda. Malah anak-anak yang duduk lama di depan komputer juga cenderung untuk kuat makan seperti makanan segera, kerana bosan atau juga tekanan. 

Perkembangan itu, katanya, membawa kepada kemunculan golongan lelaki yang bukan saja tidak sihat, tetapi juga tidak subur dan terjejas kelelakiannya. 


“Aktiviti yang ditekankan sesetengah ibu bapa - keluar membeli-belah, menonton wayang, mengamalkan makanan segera misalnya turut menyumbang kepada peningkatan ketidaksuburan dan masalah mati pucuk.





“Satu kajian di Malaysia juga menunjukkan 70 peratus lelaki berusia 50 tahun ke atas tidak aktif secara seksual. Mungkin ramai yang menganggap ‘pil ajaib’ adalah jawapannya namun, kita perlukan pendekatan menyeluruh termasuk faktor isteri, jenis diet, mengapa tidak bersenam dan perubahan gaya hidup yang perlu dibuat,” katanya. 


Semakin meningkat usia seorang lelaki, mereka juga secara seksual semakin lemah, dan keadaan ini dipanggil andropause tetapi sebenarnya ia adalah perubahan akibat tahap hormon yang rendah. Hormon testosteron mengurangkan otot saiz, lebih lemak dan kurang otot, tulang menjadi lemah dan cenderung untuk mudah gemuk pada bahagian perut. 






Mereka juga kebal insulin yang mana hati tidak dapat memanfaatkan insulin. Tahap kolesterol juga meningkat dan terus ke saluran darah menyebabkan tekanan darah tinggi. Disebabkan obesiti, tahap hormon cortisol meningkat dan merendahkan testosterone pada lelaki berusia 40 hingga 70 tahun. Malah, lebih 20 peratus lelaki di Malaysia mempunyai tahap testosterone rendah yang boleh menyebabkan diabetes, hipertensi, penyakit jantung, tulang retak selain mengurangkan keghairahan terhadap seks. 


“Golongan lelaki ini juga mudah berasa letih, lesu dan penat yang melampau sehinggakan tiada tenaga untuk melakukan aktiviti. Waktu tengah hari sudah mengantuk, prestasi seks juga terganggu, mental tertekan hanya kerana testosterone rendah,” katanya.










Lebih memburukkan keadaan, kata Dr Sahabudin, penyelidikan lalu turut menunjukkan 70 peratus lelaki berusia lebih 50 tahun mengalami masalah mati pucuk atau Erectile Dysfuction (ED). Masalah ED adalah tanda-tanda awal terhadap masalah kesihatan lain seperti kencing manis dan hipertensi. 


“Tatkala usia semakin meningkat, anda perlu faham berapa banyak tekanan yang boleh diterima oleh tubuh. Jadi pilihan untuk menikmati usia tua dalam keadaan cergas dan efektif terletak dalam tangan anda dan semuanya harus bermula dari amalan gaya hidup yang baik. Malah semua masalah kesihatan yang dinyatakan punya cara untuk mengubatinya hanya jika ia dikesan dan dirawat awal," katanya.

21 comments:

  1. Menjaga kesihatan dari awal adalah lebih baik dari merawatnya kemudian...Betul tak? Anyway, nice sharing Sis ^_^

    P/S: Wilma baru perasan, Wilma belum follow di sini...Wilma dah jadi follower #261 ya ^_^

    ReplyDelete
  2. Kita adalah apa yang kita makan..huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu..nak sihat amalkan pemakanan yg sihat & seimbang..:-)

      Delete
  3. mcm2 penyumbang.. tq utk info nih...

    ReplyDelete
  4. yang paling utamanya ialah menjaga pemakanan dan kena senam.

    ReplyDelete
  5. Entri yang baik..bagus gak untuk aku..hehehe

    ReplyDelete
  6. emm betul tu pilihan di tangan kita :)

    ReplyDelete
  7. mmg nak kena mula amalkan cara hidup sihat dari muda...nice info....:)

    ReplyDelete
  8. Lelaki kena rajin bersenam.. Tapi memang betul pun, lelaki ni cepat letih & lesu.. Asal takde mende nak buat jer tdo terbungkam.. Huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. a ah..kena rajin bersenam..klu tak badan mesti naik..tido selalu pon tak elok

      Delete
  9. nampak je mknn nk makn tp tak xde check n balance bahaye2

    ReplyDelete
    Replies
    1. a ah..betul tu bahaya..lepas nie kena jaga pemakanan dan kena check la..:-)

      Delete

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com