Sejak
seabad lalu, purata suhu udara berhampiran permukaan bumi telah meningkat
kurang satu darjah Celsius.
Angka itu mungkin kelihatan tidak terlalu tinggi, namun kesan pemanasan itu
sebenarnya mencetuskan bencana alam seperti ribut, banjir dan kebakaran
hutan yang sering berlaku sejak beberapa tahun lalu.
Data penyelidik kaji cuaca menunjukkan peningkatan satu darjah Celsius telah
mengakibatkan bumi menjadi panas berbanding kira-kira seribu tahun lalu.
Pada tahun 2007, Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (Nasa)
turut merekodkan 11 tahun terpanas sejak lebih 10 tahun lalu.
Dalam kajian lain menunjukkan, separuh tahun pertama pada 2010 juga mencatatkan
suhu terpanas dalam sejarah.
Laporan Panel Antara Kerajaan untuk Perubahan Cuaca (IPCC) menyebut suhu
permukaan global mungkin akan meningkat daripada 1.1 kepada 6.4 darjah Celsius
pada abad ke-21 selepas bumi semakin panas pada tahun 1990-an.
Hasil kajian tersebut juga mendapati iklim panas melampau turut melanda
Perancis dan rantau Siberia serta Artik.
Saintis
meramalkan seluruh kawasan Artik akan mencair pada akhir abad ke-21, sekali gus
menyebabkan peningkatan secara mendadak paras laut mencecah tujuh meter.
Tetapi, bagaimana pengaruh trend ini akan
mempengaruhi kejadian pemanasan global masih tidak jelas.
Kebanyakan pihak mendakwa punca utama fenomena yang semakin membimbangkan itu
adalah disebabkan oleh kesan rumah hijau.
Adakah perubahan iklim dan pemanasan
global satu fenomena yang sama?
Secara ringkasnya, pemanasan global adalah PUNCA manakala perubahan iklim pula
dianggap sebagai KESAN daripada proses tersebut.
Saintis sering memilih untuk memperkatakan tentang isu perubahan iklim
berbanding pemanasan global kerana suhu tinggi global tidak menunjukkan ia akan
menjadi panas di mana-mana lokasi di bumi.
Kesan
pemanasan paling kuat telah dikenal pasti di kutub bumi, Artik dan Antartika.
Menurut Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Amerika Syarikat, keadaan itu dijangka berterusan kerana sejak beberapa tahun lalu, suhu udara di Artik telah menurun kepada lima darjah Celsius (melebihi rekod normal).
Perubahan pola angin juga dikaitkan dengan kesan pemanasan di Artik yang dikatakan menjadi penyebab cuaca sejuk melampau di benua Eropah.
Iklim serantau turut menerima tempias daripada keadaan tersebut.
Sebagai contoh, beberapa kawasan seperti bahagian Eropah Utara atau Afrika Barat akan menjadi lembap manakala Mediterranean atau Afrika Tengah pula berkemungkinan kurang mengalami taburan hujan.
Namun,
fenomena itu bukan semata-mata tentang bagaimana bumi menjadi panas, ia juga
menerangkan bagaimana proses tersebut berlaku dengan cepat.
Perubahan iklim secara semula jadi dari Zaman Ais mula berkembang sejak 50,000 hingga 100,000 tahun lalu.
Pada masa lalu, perubahan iklim turut mencetuskan perubahan dalam pengeluaran tenaga matahari, kedudukan plat benua dan putaran paksi bumi.
Banyak tumbuhan dan haiwan dapat menyesuaikan diri dengan perubahan iklim secara perlahan itu termasuk manusia yang berpindah tempat tinggal mengikut perubahan glasier.
Seluruh proses semula jadi ini telah terjejas akibat pemanasan sejak tiga dekad lalu.
Sejak 1980, suhu didakwa telah meningkat lebih cepat berbanding sebelum ini.
Perubahan
radikal tersebut sedang menuju ke arah kepupusan biodiversiti.
Kebanyakan
tumbuhan tidak akan dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran baru dalam
tempoh yang cepat.
Menurut penilaian terbaru Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), 20 hingga 30 peratus daripada spesies flora dan fauna kini diancam kepupusan jika suhu panas Bumi meningkat antara 1.5 dan 2.5 darjah Celsius.
Malah bagi
manusia, perubahan iklim kepada bumi lebih panas tidak akan menjadi satu
peralihan yang lancar.
12 rantau di seluruh dunia bakal terjejas akibat perubahan iklim secara mendadak termasuk kutub utara, hutan hujan Amazon dan California.
Semua fakta
yang diperoleh ini telah membawa saintis untuk membuat satu kesimpulan jelas
bahawa pemanasan global yang sedang melanda bumi pada masa ini adalah bukan satu
fenomena alam semula jadi.
nice blog.salam kenal n follow =)
ReplyDeletesalam..thanks..:-)
Delete