LONDON -
Barclays, syarikat perkhidmatan kewangan dan perbankan multinasional Britain,
didenda AS$450 juta (sekitar RM1.3 bilion) kerana didakwa cuba memanipulasikan
kadar faedah utama yang mempengaruhi kos pinjaman dan cagaran bank.
Laporan BBC menyebut pedagang-pedagangnya telah berbohong untuk menggambarkan bahawa bank itu lebih selamat ketika krisis kewangan dan kadangkala bekerjasama dengan pedagang-pedagang di bank-bank lain untuk membuat keuntungan.
Reuters pula berkata perkembangan itu mencetuskan persoalan segar berkenaan aspek kebolehpercayaan kadar faedah antara bank yang ditawarkan oleh Barclays.
Kesalahan itu didakwa dilakukan antara 2005 dan 2009 - bermakna peminjam membayar kadar yang rendah atau terlalu tertinggi ke atas pinjaman masing-masing.
Lembaga Perkhidmatan Kewangan juga sedang menjalankan siasatan membabitkan bank-bank lain.
Tidak pasti sejauh mana perkembangan ini ada kaitan dengan krisis kewangan yang disaksikan zon Euro sekarang.
No comments:
Post a Comment