Buah epal dan buah beri biru mempunyai khasiat yang amat tinggi untuk kesihatan tubuh. Menurut
sebuah kajian di Amerika, mengambil buah epal dan beri biru secara rutin boleh
menghalang risiko penyakit Diabetes tahap 2.
Seperti yang diketahui, kedua-dua jenis buah ini memiliki
kandungan flavonoid yang tinggi, iaitu sejenis sebatian semula jadi di dalam
buah tersebut yang diyakini berfungsi dengan baik untuk menurunkan risiko
diabetes. Buah yang kaya dengan flavonoid ini didapati dapat membantu
mengurangi risiko tekanan darah tinggi, jantung
mahupun kanser.
Di dalam kajian yang melibatkan 200 ribu orang responden ini,
didapati bahawa mereka yang memakan buah beri biru secara rutin memilikui risiko yang rendah untuk menghidap
diabetes tahap 2 sehingga 23 peratus berbanding mereka yang tidak memakan buah
tersebut. Peratusan tersebut didapati bersamaan dengan mereka yang memakan buah
epal lebih daripada lima biji setiap
minggu berbanding dengan mereka yang tidak memakannya.
Subhanallah ! cantiknya buah nie.Betul ker boleh buat penawar penyakit kencing
ReplyDeletemanis ? Buah ni boleh tanam kat malaysia ker ? Ni berita baik untuk sesaper
yang ada masalah kencing manis.
Alhamdulillah ader lagi bertambah alternatif baru.