SEORANG pengunjung
mengendalikan sebuah kereta kebal di Kasota pada 9 Jun lalu.
KASOTA, Minnesota - Sebuah syarikat, Drive-a-Tank menawarkan
kepada para pengunjung peluang mengendalikan kereta kebal tentera dan kenderaan
perisai lain di sebuah kuari batu kapur di sini.
Para pengunjung itu turut dibenarkan untuk merempuh kereta
lama seperti dalam filem Hollywood dengan menggunakan kereta kebal.
"Pengalaman memandu kereta kebal sungguh hebat,"
kata seorang pemuda berusia 19 tahun dari Connecticut selepas dia menggelek
sebuah kereta dengan kereta kebal yang dipandunya pada minggu lalu.
Pemilik syarikat tersebut, Tony Borglum yang merupakan
seorang kontraktor peralatan berat membuka perniagaan itu tiga tahun lalu
selepas melihat perniagaan yang sama ketika melawat England.
Dia membeli sebanyak 11 kereta kebal era Perang Dingin untuk
disewa oleh orang ramai di kawasan seluas 8 hektar di sini, 80 kilometer ke
barat daya Minneapolis, Amerika Syarikat.
Pakej asas Drive-a-Tank berharga AS$399 (RM1,270) termasuk
memandu sebuah kereta kebal dan menembak mesingan.
Para pengunjung yang mahu meremukkan sebuah kereta perlu
membayar caj tambahan sebanyak AS$549 (RM1,748).
Bayaran sekitar AS$3,500 (RM11,145) dikenakan jika mereka
memandu kereta kebal untuk merempuh sebuah rumah treler. - Agensi
No comments:
Post a Comment