expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday 28 June 2012

6 jenis manusia yang dikutuk oleh Allah dan Rasul




Telah bersabda nabi s.a.w. :


Yang bermaksud : “ ada enam orang yang aku kutuk dan Allah s.w.t juga mengutuk mereka dan doa-doa semua nabi di perkenankan. Iaitu:-


1. Orang yang menambah isi Al-Quran ( dengan tafsiran atau takwil yang menyimpang ).


2. Orang yang mendustakan takdir Allah s.w.t..


3.Orang yang berkuasa yang suka memaksa dan takabur sehingga ia memuliakan orang yang di hinakan oleh Allah. Dan ia menghina orang yang telah di muliakan oleh Allah.


4. Orang yang menghalalkan sesuatu yang diharamkan oleh Tuhan di Mekah.


5. Umatku yang menghalalkan apa-apa yang telah diharamkan oleh Allah.


6. Dan orang yang meninggalkan sunnahku.


Maka sesungguhnya Allah s.w.t tidak memandang mereka di hari kiamat dengan pandangan kasihan”



No comments:

Post a Comment

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com