expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday 26 June 2012

Fakta: Rahsia Alam (Bahagian 7)




Burung kakak tua tidak boleh bercakap. Ia Cuma suka mengajuk/meniru bunyi siulan dan kata-kata.


Beruang kutuk tidak boleh di kesan oleh kamera inframerah kerana bulunya lut sinar.


Burung kiwi adalah buta. Oleh itu, mereka memburu dengan menggunakan deria bau.


Sumpah-sumpah terkenal kerana berkebolehan menukar warna kulitm mengikut tempat ia berada. Warnanya dikawal oleh hormon yang akan mempengaruhi pigmen kulit.


Kala jengking pendarfluor di bawah cahaya ultraungu dan ini memudahkan para saintis mencari nya di lapangan. Pendarfluor ini dianggap menjadi sebagai mekanisma yang sensitive ultraungu dan ini menghindarkan kela jengking dari merosakkan paras cahaya.


Koala bukan beruang. Ianya tidak ada kaitan langsung dengan beruang tetapi berkaitan dengan kanggaru dan wombat. Alasan mereka dipanggil beruang koala kerana rupanya seperti beruang teddy.


Jika anda memberi gula kiub kepada rakun, ia akan cuba memebrsihnya (kerana rakun membersih  semua makanannya sebelum makan). Ia akan membersihkannya berkali-kali sehingga akhirnya gula kiub tersebut larut.


Mamalia yang terbesar di dunia ialah ikan paus biru. Beratnya 50 tan semasa dilahirkan, mempunyai jantung saiz sebuah kereta kancil dan lidah sepanjang seekor gajah. Bila dah dewasa, berat badan nya sebanyak 150 tan (sama berat dengan 30 ekor gajah!!).


Ayam belanda menghidap penyakit jantung. Tentera Udara Amerika sedang menjalankan ujian batasan bunyi dan ayam belanda yang berdekatan mati disebabkan serangan penyakit ini.


Kumbang kura-kura “mengeluarkan darah” kerana melindungi diri dari pemangsa. “Darah” mereka mengandungi bahan kimia yang dibenci atau membawa maut kepada pemangsa.



No comments:

Post a Comment

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com