RAMAI wanita hari ini, sama ada suri rumah atau berkerjaya,
menjalani kehidupan yang sibuk dan sangat mencabar.
Menurut Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi, Profesor
Dr. Jamiyah Hassan, senario tersebut menyebabkan wanita terlupa memakan pil
tepat pada waktunya atau terlupa memulakannya semula selepas hari-hari bebas
pil.
Kini, dengan pelancaran Cerazette, wanita diberi suatu lagi
pilihan pencegah kehamilan yang melebihi 99 peratus keberkesanannya namun tetap
sesuai bagi wanita yang tidak ingin, tidak boleh atau tidak sepatutnya memakan
estrogen. Itulah mesej utama yang disampaikan semasa pelancaran Cerazette
baru-baru ini.
Cerazette bertindak seperti pil perancang gabungan (combined
oral contraceptive atau COC), iaitu menghalang ovulasi (pelepasan telur)
dan juga memekatkan mukus serviks1.
Dalam kajian klinikal, Cerazette berjaya meringankan atau
tidak menimbulkan kesan-kesan sampingan yang terkait dengan estrogen seperti
sakit kepala dan payu dara serta loya-loya.
"Pil ini pilihan yang sesuai bagi wanita yang menyusukan
bayi, perokok, wanita yang obes dan menghidap migrain serta hipertensi,"
jelas Pengerusi Jabatan Obstetrik dan Ginekologi, University Hospital Basel,
Switzerland, Profesor Dr. Johannes Bitzer, yang hadir semasa majlis
pelancaran tersebut.
Memilih kaedah perancang keluarga adalah pilihan peribadi dan
patut dibuat dengan pengetahuan dan pemahaman yang mencukupi supaya pilihan
serasi dengan badan, sejarah perubatan dan gaya hidup seseorang.
Untuk mendapatkan maklumat selanjutnya tentang Cerazette,
jumpalah pakar sakit perbidanan dan sakit puan yang berdekatan.
No comments:
Post a Comment