SEBUAH van hangus
terbakar di pejabat Microsoft di Athens semalam.
ATHENS - Beberapa penyerang membakar
pejabat syarikat perisian komputer, Microsoft Corp di sini menjelang subuh
semalam, kata polis.
Mereka merempuh pintu masuk dengan
sebuah van mini sebelum membakar kenderaan tersebut yang dipenuhi tong berisi
gas.
Polis antipengganas dan pihak
berkuasa menolak serangan itu didalangi sebuah kumpulan pelampau.
Menurut polis, dua atau tiga lelaki
bertopeng mengusir dua pengawal keselamatan sekitar pukul 3.45 pagi waktu
tempatan.
Kebakaran dan letupan telah
merosakkan pintu masuk dan tingkat bawah bangunan yang menempatkan ibu pejabat
korporat gergasi teknologi Amerika Syarikat itu.
Seorang jurucakap bomba memberitahu,
terdapat kerosakan teruk di tingkat bawah bangunan dan menganggarkan kerugian
sebanyak AS$75,000 (RM239,289).
Syarikat Microsoft diasaskan oleh
bilionair Bill Gates dan Paul Allen. - Agensi
No comments:
Post a Comment