BEBERAPA anggota bomba
memadamkan kebakaran di lokasi letupan bom di luar bangunan Istana Kehakiman di
Damsyik semalam.
DAMSYIK - Dua letupan bom menggegarkan kawasan di tempat
letak kereta di luar bangunan Istana Kehakiman yang menempatkan mahkamah
tertinggi Syria di sini semalam.
Seramai tiga orang cedera manakala sekurang-kurangnya 20 buah
kereta rosak teruk akibat letupan tersebut.
Sejumlah anggota bomba sibuk memadamkan kebakaran manakala
beberapa buah ambulans tiba di tempat kejadian.
Sebuah stesen televisyen Syria menganggap kejadian tersebut
sebagai serangan pengganas.
Kawasan tempat letak kereta itu digunakan oleh para peguam
dan hakim.
Satu sumber polis memberitahu agensi berita AFP, dua
bom meletup dalam dua buah kereta milik hakim.
Menurutnya, bom ketiga berjaya dimatikan.
Sementara itu, seramai 69 orang terbunuh termasuk 38 orang
awam semalam di Syria ekoran pertempuran antara tentera dengan para
pemberontak.
Menurut kumpulan Pemantauan Untuk Hak Asasi Syria, seramai 16
orang terbunuh di Douma, utara Damsyik apabila askar-askar mengepung dan
bertempur dengan para pemberontak.
Menurut kumpulan itu, askar-askar yang dibantu helikopter
menyerang beberapa buah kawasan di Deir Ezzor, timur Damsyik.
Lebih 15,804 orang terbunuh sejak kebangkitan rakyat
menentang pemerintahan Presiden Bashar Al-Assad bermula sejak 16 bulan lalu.
Kelmarin, sekumpulan pemberontak menyerang sebuah stesen
televisyen di sini.
- Agensi
No comments:
Post a Comment