HUBUNGI
doktor anda sekiranya timbul kudis-kudis di kaki yang tidak mahu sembuh dalam
masa singkat ataupun masalah lain di kaki yang tidak mahu hilang. Doktor akan
memeriksa kaki anda untuk mendiagnoskan penyakit dan memberikan rawatan
sewajarnya.
Pemotongan anggota merupakan satu komplikasi neuropati yang serius.
Diabetes salah satu penyebab utama pemotongan kaki di seluruh dunia, iaitu
sebanyak 50 peratus daripada jumlah pemotongan! Risiko pemotongan kaki adalah
27.7 kali lebih besar bagi penghidap diabetes.
Bagaimanakah
Kerosakan Saraf Akibat Diabetes (Neuropati) Dirawat?
Langkah
rawatan yang pertama adalah menurunkan paras glukosa dalam darah kepada tahap
normal untuk membantu mencegah kerosakan saraf selanjutnya. Pemantauan kadar
glukosa dalam darah, perancangan makanan, kegiatan fizikal dan mengambil ubat
diabetes atau insulin akan membantu mengawal paras glukosa dalam darah.
Gejalanya
mungkin jadi bertambah buruk apabila tahap glukosa dalam darah dikawal buat pertama
kali, tetapi lama-kelamaan mengekalkan paras glukosa darah yang lebih rendah
akan membantu mengurangkan gejala. Pengawalan glukosa dalam darah yang baik
akan membantu mencegah dan melambatkan penularan masalah selanjutnya.
Saintis
Jepun mendapati saraf yang rosak boleh dipulihkan semula dengan mengambil
suplemen yang dikenali sebagai mecobalamin atau methylcobalamin
iaitu bentuk Vitamin B12 yang aktif.
Mecobalamin
- Vitamin B12 yang Aktif Untuk Pemulihan Semula Saraf. Dengan
mecobalamin, hepar tidak perlu lagi menukarkan bentuk Vitamin B12 yang tidak
aktif (cyanocobalamin) kepada mecobalamin kerana ia sudah pun
aktif dari segi oral. Mecobalamin melindungi daripada penyakit neurologi
(saraf) dan penuaan melalui satu mekanisme unik yang berbeza daripada terapi
semasa. Sesetengah gangguan yang mungkin boleh dicegah atau dirawat dengan
menggunakan terapi vitamin semulajadi ini termasuklah neuropati periferal.
Ambil satu kapsul 500 mcg tiga kali sehari.
Anda
Berisiko Akan Mengalami Neuropati Diabetes
1. Jika
mempunyai paras gula dalam darah yang tinggi
2. Berat
badan berlebihan
3. Kandungan
lemak dalam darah tidak terkawal
4. Merokok
* Artikel ini disumbangkan oleh Live-well Nutraceuticals,
untuk maklumat lanjut, sila rujuk ahli farmasi anda.
No comments:
Post a Comment