KUALA LUMPUR
- Lebih banyak bank global sedang disiasat kerana didakwa memanipulasi pasaran
kewangan selepas Barclays didenda AS$453 juta, tetapi Citibank menjelaskan
bahawa ia bukan salah satu daripadanya.
"Citi
mengesahkan dengan para pegawai kerajaan UK bahawa ia tidak disiasat di UK yang
mempunyai kaitan dengan isu-isu LIBOR," kata Citibank Bhd dalam satu
kenyataan di sini hari ini.
Antara bank
global yang dikatakan sedang disiasat ialah HSBC dan Royal Bank of Scotland
dari Britain dan UBS dari Switzerland kerana didakwa menyediakan perangkaan palsu mengenai kadar faedah yang digunakan bagi penetapan pajakan
dan pinjaman pengguna.
Pihak
berkuasa AS dan British pada Rabu mendenda Barclays kerana memanipulasi kadar
faedah, Kadar Tawaran Antara Bank London (LIBOR), yang memberikannya kelebihan antara 2005 dan 2009. - Bernama
No comments:
Post a Comment