Bob Diamond
|
LONDON - Ketua Eksekutif Barclays, Bob Diamond menegaskan
beliau tidak akan meletakkan jawatan susulan skandal manipulasi kadar faedah
pinjaman, yang didakwa dilakukan oleh beberapa kakitangannya.
Diamond melahirkan pendirian itu pada satu pertemuan dengan
penganalisis industri perbankan dan kewangan di bank Amerika Syarikat, Morgan
Stanley, demikian menurut laporan BBC.
Semalam, Perdana Menteri Britain, David Cameron berkata,
pengurusan Barclays berhadapan dengan persoalan yang serius selepas ia didenda
£290 juta (RM1.3 bilion).
Barclays dan beberapa bank yang lain sedang berhadapan dengan
kemungkinan siasatan jenayah berhubung skandal itu.
Reaksi Diamond ini datang ekoran kenyataan Cameron bahawa
"keseluruhan pasukan pengurusan (di Barclays) perlu menjawab beberapa
soalan serius. Biar mereka jawab soalan-soalan itu terlebih dahulu."
Akhbar Financial Times pula menggesa Diamond agar meletakkan
jawatan.
"Jika beliau rasa malu dengan apa yang berlaku, beliau
harus meletakkan jawatan dengan segera," kata editorial muka depan akhbar
itu.
No comments:
Post a Comment