Hasil ujian ultra bunyi berjaya
mengesan gelembung (tumor) pada mulut Leyna
FLORIDA -
Sekumpulan pakar bedah di sebuah hospital di Florida berjaya mengeluarkan tumor
dari mulut janin berusia empat bulan dari dalam kandungan ibunya menerusi
pembedahan pertama seumpama itu di dunia.
Difahamkan,
pembedahan tersebut dilakukan pada Mei 2010 tetapi kejayaannya baru diumumkan,
kelmarin selepas laporan penuh itu diterbitkan di dalam Jurnal Obstetrik dan
Ginekologi.
"Saya berada dalam keadaan sedar semasa prosedur mengeluarkan tumor sebesar kotak mancis tersebut dilakukan," kata Tammy Gonzalez, 39.
Anaknya, Leyna Mykaella kini membesar dengan cergas selepas menjalani pembedahan laser tersebut walaupun ia sememangnya berisiko tinggi.
Doktor Ruben
Quintero dan Dr Efitichia memaklumkan keadaan seperti itu hanya berlaku sekali
dalam 100,000 kehamilan.
No comments:
Post a Comment