GAMBAR X-ray menunjukkan rangka badan
Rodriguez yang mengalami ketumbuhan di bahagian kanan badannya.
BANDAR RAYA MEXICO: Doktor di negara ini berjaya membuang
14.9 kilogram tumor yang lebih berat daripada kanak-kanak dua tahun yang
menghidapnya, baru-baru ini.
Jesus Rodriguez dari Durango, negeri di utara Mexico
dilahirkan dengan benjolan tidak berbahaya yang tumbuh di bahagian kanan
tubuhnya dari ketiak hingga pinggangnya. Pengarah Pakar Kanak-Kanak di Hospital
La Raza di mana pembedahan itu dilakukan, Dr Gustavo Hernandez berkata, tumor
itu lebih berat daripada Rodriguez yang mempunyai berat 11.7 kilogram ketika
dia menjalani pembedahan itu dua minggu lalu.
Doktor di hospital di bandar raya Mexico mengambil masa 10 jam untuk membuang ketumbuhan gergasi itu, menurut Dr Hernandez. Namun, ia keluar tanpa kesukaran dan kanak-kanak itu semakin pulih serta keadaannya baik-baik saja. Dr Hernandez berkata, pembedahan itu menandakan kali pertama doktor di negara terbabit dapat membuang tumor lebih besar daripada pesakit yang menghidapnya.
JESUS Rodriguez bermain
bersama ibunya selepas doktor berjaya membuang tumor daripada tubuhnya.
Pada Ogos 2010, doktor membuang tumor seberat hampir 25.4
kilogram daripada rahim seorang wanita warga Argentina berusia 54 tahun.
Benjolan besar itu adalah antara tumor terbesar yang pernah dibuang, kata
pegawai perubatan.
Ia tumbuh dalam rahim wanita itu selama 18 bulan dan mempunyai berat sama seperti kanak-kanak empat tahun atau pasangan kembar lima.
Pesakit berkenaan yang sukar berjalan atau membongkok untuk mengikat tali kasutnya sejurus selepas pembedahan mempunyai berat badan berkurangan sebanyak 31.7 kilogram ketika dia keluar hospital. - DM
No comments:
Post a Comment