Gincu atau lipstik salah satu alat kosmetik yang jarang
sekali ditinggalkan wanita tatkala melangkah keluar dari rumah, Ia merupakan
sebahagian daripada fesyen wanita yang cukup penting untuk menyerlahkan lagi
penampilan.
Sama ada ketika sedang sibuk mahupun bersantai mengenakan
solekan, gincu tidak pernah dilupakan. Memandangkan setiap wanita memiliki
minat dan citarasa yang tersendiri, terdapat banyak jenis gincu yang tersedia
untuk dibeli. Pun begitu selain memilih gincu berdasarkan warna perhatikan juga
aspek lain. Berikut antara yang perlu anda pertimbangkan.
Pelembap
dan pelindung
Salah satu kandungan yang berbeza yang terdapat di dalam
pelbagai jenis lipstik adalah pelembap. Kandungan ini sangat penting kerana
lipstick boleh kering desebabkan oleh cuaca atau kurangnya tingkat kelembapan
di dalam rumah anda.
Selain itu, faktor pelindung cahaya matahari turut memainkan
peranan dalam memilih gincu. Bahaya terdedah pada sinaran matahari memberi
impak yang cukup besar pada kulit seseorang. Justeru, sangat penting memilih
lipstik yang membantu melindungi bibir daripada sinaran matahari memandangkan
kulit bibir yang cukup tipis.
Warna
ikut kesesuaian
Terdapat pelbagai jenis dan warna lipstik yang tersedia mengikut citarasa dan
permintaan setiap wanita. Ada yang gemarkan warna yang lebih tebal dan ada juga
beberapa daripada mereka yang lebih memilih warna-warna cerah ataupun warna
merah gelap. Tidak kurangnya juga yang lebih selesa dengan rona natural seperti
merah jambu. Jadi pilih ikut kesesuaian dengan diri anda.
Perhatikan
acara
Ketika mahu mencalit gincu, ketahui terlebih dahulu acara
atau majlis apa yang bakal anda hadiri. Ini bagi memastikan gincu yang
dikenakan sesuai dengan suasana majlis ketika itu. Jangan pula tampil dengan
gincu merah menyala sedangkan anda sekadar bersantai bersama-sama teman rapat
di tepi pantai misalnya. Pilihan warna gincu yang paling sesuai pastinya yang
natural dan tidak terlalu menonjol.
Bibir
seksi bak Angelina Jolie
Dalam pada itu, semua wanita inginkan bibir yang penuh dan
seksi bak Angelina Jolie. Namun tidak semua bernasib baik memilikinya.
Bagaimana pun anda masih boleh mendapatkan bentuk bibir sebegitu dengan
penggunaan beberapa alat kosmetik dan juga panduan berikut:
Lip balm
Mulakan pemakaian lip balm di bahagian bibir tapi elakkan
jenis yang berminyak, sebaliknya pilih jenis yang boleh bertahan lama.
Concealer
Sapukan concealer di sepanjang garisan bibir. Selepas itu,
ratakan ia ke atas dank e luar bagi memastikan bibir anda nampak lebih
menonjol.
Lip liner
Bagi memastikan bentuk bibir lebih penuh, gariskan di
sepanjang garis bibir atau sedikti di luarnya ( jangan terlalu banyak ) dengan
menggunakan pensel bibir warna merah jambu. Pastikan ia dilakukan di seluruh
bahagian bibir. Pensel bibir memiliki daya tahan lebih lama jika dibandingkan
dengan gincu dan pengilat bibir.
Gincu dan
pengilat bibir
Gunakan gincu bibir jenis berkilat untuk memberikan sentuhan
akhir di bibir. Pilih nuansa warna yang tidak terlalu terang dan juga tidak
terlalu gelap. Untuk kesan lebih menarik dan bibir nampak lebih penuh, sapukan
pengilat bibir jenis shimmer pada bahagian bibir.
No comments:
Post a Comment