Turki kehilangan jet tentera F-4,
seperti dalam gambar, selepas ditembak oleh Syria semalam.
ISTANBUL - Turki secara rasmi menyifatkan langkah Syria
menembak jatuh jet tenteranya kelmarin sebagai "tindakan mahu
bermusuhan."
Istanbul melahirkan pendirian itu hari ini dalam satu nota diplomatik yang dihantar kepada pejabat konsul Syria, demikian menurut jurucakap Kementerian Luar, Selcuk Unal dipetik CNN.
Pasukan mencari dan menyelamat Turki dilaporkan menemui
bangkai pesawat di kawasan sedalam 1,300 meter di Laut Mediterranean hari ini.
Bagaimanapun anggota pasukan itu belum tiba di lokasi
serpihan ditemui, malah tidak ada maklumat mengenai nasib dua juruterbang
pesawat tersebut.
Dalam pada itu, Turki juga dilaporkan telah meminta agar Nato
mengadakan mesyuarat khas membincangkan tindakan balas berhubung insiden jetnya
ditembak jatuh.
No comments:
Post a Comment