expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, 31 May 2012

Banteras industri tembakau




















PEROKOK akan mencari sumber untuk mereka melepaskan ketagihan.


ACAPKALI kita mendengar ungkapan merokok membahayakan kesihatan. Sungguhpun ramai yang tahu mengenai penyakit-penyakit berbahaya akibat merokok, namun kebanyakannya langsung tidak mengambil pusing.


Bukan kerajaan tidak melaksanakan pelbagai inisiatif bagi membendung tabiat yang kebanyakannya sudah menjadi ‘darah daging’ segelintir rakyat Malaysia itu, tetapi ketagihan terhadap hasil produk tembakau tersebut mengatasi segala-galanya.


Bagi membendung tabiat tidak sihat tersebut menular khususnya di kalangan golongan muda, kerajaan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak jemu-jemu mengadakan sambutan Hari Tanpa Tembakau yang disambut tanggal 31 Mei setiap tahun.


Dengan membawa tema Gangguan Industri Tembakau (Tobacco Industry Interference) pada tahun ini, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit KKM, Dr. Zarihah Mohd. Zain menyifatkan masalah tembakau sebagai gangguan yang sangat membebankan kesihatan awam.


“Bagi menimbulkan kesedaran terhadap pengaruh negatif tembakau, sekurang-kurangnya sehari dalam setahun kita mengadakan sambutan sedemikian untuk menguar-uarkan impaknya kepada umum.


“Walaupun peringatan seperti ini perlu dilakukan secara berterusan dan bukannya bermusim, sekurang-sekurangnya dengan adanya sambutan ini orang yang tidak tahu pun akan jadi tahu,” katanya ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.


Memahami isu tembakau


Tambahnya, dengan perubahan tema setiap tahun, orang awam dapat mengetahui bahawa isu berkaitan tembakau sangat besar dan meluas.


“Kita mahu orang lebih memahami mengenai isu tembakau ini. Ia bukan berkaitan dengan menghisap rokok sahaja, malah lebih daripada itu.


“Sambutan Hari Tanpa Tembakau ini tidak memadai sekadar sambutan sahaja, malah ia mesti diiringi dengan banyak lagi kaedah untuk mengawal industri tembakau seperti menaikkan cukai, memberikan pendidikan kesihatan berterusan seperti Kempen Tak Nak, menyediakan khidmat berhenti merokok dan pengharaman iklan rokok” ujarnya.


Suatu ketika dahulu, syarikat-syarikat rokok menjadi penaja utama kejohanan sukan dan bagi membanteras tabiat merokok dalam kalangan masyarakat, kerajaan tidak membenarkan mereka berbuat demikian.


Sehingga kini, tiada lagi tajaan mahupun iklan-iklan industri tembakau di kaca TV. Namun, ramai pula yang mempertikaikan keberkesanan pengharaman promosi oleh kerajaan kerana melihat bilangan perokok tidak pernah berkurang.


Zarihah memberitahu, golongan perokok akan terus menghisap rokok memandangkan tabiat tersebut sememangnya menagihkan.


“Orang yang merokok akan mencari sumber supaya mereka dapat melepaskan ketagihan, namun kerajaan sudah berusaha mewujudkan kawasan larangan merokok dan persekitaran yang tiada iklan rokok.


“Orang yang memang ketagih akan terus menghisap rokok, namun kita tidak akan berdiam. Ramai yang kata, naikkan cukai rokok pun, orang akan hisap rokok juga, tetapi ia tidak betul,” katanya.


Menurut beliau, ramai yang terus menghisap rokok, tetapi bilangan rokok yang dihisap berkurangan, malah ada juga yang berhenti menghisap rokok mahal dan mula menghisap rokok murah. Selain itu, terdapat perokok yang berhenti kerana tidak mampu kerana kenaikan harga rokok.


“Mungkin tiada kajian yang jelas dan meluas di Malaysia tetapi banyak kajian serupa di luar negara yang menunjukkan jumlah perokok merosot akibat kenaikan cukai terhadap produk tersebut,” ujarnya.


Kata Zarihah lagi, banyak kajian menunjukkan bahawa 50 hingga 70 peratus pero.
         

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com