GAMBAR yang dirakamkan pada 16 Mei
2012 ini menunjukkan seorang pekerja sosial mengedarkan kondom kepada seorang
pekerja seks di Kiev, Ukraine.
KIEV, Ukraine - Industri pelacuran Ukraine dijangka menarik
ramai pelanggan dan meraih keuntungan semasa kejohanan bola sepak Euro 2012.
Namun, segelintir pihak memberi amaran bahawa Ukraine
mempunyai kadar jangkitan HIV tertinggi di rantau Eropah Timur.
"Para pelacur Kiev bersedia untuk Euro 2012," kata
sebuah laman web seks Ukraine. Malah ada antara pelacur membaca sejarah 16
pasukan yang bertanding dan maklumat asas mengenai bola sepak.
Ukraine menukar industri pelacuran daripada jenayah kepada
hanya kesalahan kecil pada tahun 2006. Denda yang dikenakan cuma antara AS$10
(RM32) hingga AS$25 (RM79).
Tetapi, individu yang menjadi bapa ayam atau mengendalikan
pusat pelacuran tetap boleh dikenakan hukuman melakukan jenayah.
Menurut Pakatan HIV/AIDS Antarabangsa, negara bekas Kesatuan
Soviet itu mempunyai 52,000 hingga 83,000 orang pekerja seks. Seramai 11,000
pelacur beroperasi di Kiev.
Beratus-ratus ribu peminat bola sepak dijangka hadir untuk
menyaksikan kejohanan tersebut yang bermula 8 Jun ini di Warsaw, Poland dan
berakhir di Kiev pada 1 Julai depan.
Kumpulan aktivis wanita Ukraine yang dikenali sebagai Femen
memberi amaran Euro 2012 akan meningkatkan aktiviti pelancongan seks.
Sementara itu, menurut pengendali organisasi hak pekerja seks
Legalife, Olena Tsukerman, kebanyakan pelacur mungkin akan menaikkan kadar
perkhidmatan, berikutan kebanjiran para peminat bola sepak yang kaya dari
negara Eropah Barat. - AFP
No comments:
Post a Comment