RAMAI wanita inginkan kulit yang cantik dan sihat
namun mereka tidak tahu adakalanya aktiviti yang dilakukan setiap hari boleh
menyumbang kepada masalah kulit.
Selain memperoleh makanan seimbang,
kulit harus dijaga dengan melakukan rutin harian penjagaan seperti membersih,
menyegar dan melembap. Tidak kira sama ada anda menggunakan produk perawatan
wajah berjenama atau sebaliknya, tidak boleh tidak ketiga-tiga langkah ini
harus dilakukan pada setiap pagi dan malam.
Selain penjagaan luaran, seperti
kata pepatah hati yang bersih akan memancarkan aura keceriaan, begitu juga
dengan kulit. Apabila anda tiada masalah, sentiasa tersenyum dan kurang tekanan
menyebabkan kulit kurang mengendur, tidak berkedut dan tampak muda daripada
usia.
Minum banyak air
Tetapi bukan air gas atau berperisa
kopi dan teh tetapi air suam atau mineral. Minum banyak air kosong dapat
membantu membuang toksin dalam badan, menjaga kesihatan kulit dan juga membantu
membakar kalori dalam badan.
Bersenam
Bersenam baik untuk kesihatan dan
juga kerohanian. Berjalan di sekitar rumah adalah satu bentuk senaman yang
mudah. Jangan malas bersenam. Selepas bangun tidur, cuba lakukan sedikit
senaman regangan untuk melancarkan peredaran darah.
Jangan merokok
Merokok merosakkan kulit dan
menjejaskan kesihatan. Ada wanita beranggapan merokok boleh menguruskan badan?
Sebenarnya tidak, apabila merokok dan wanita terkena penyakit, maka badan
pesakit akan kurus.
Tidur yang cukup
Waktu malam masa terbaik untuk
tidur. Tidak cukup tidur akan membuatkan anda kelihatan lebih tua daripada
usia.
Elak bermekap
Pada waktu tertentu, benarkan kulit
anda berehat daripada memakai sebarang mekap. Kulit juga perlu bernafas! Jangan
biarkan sisa mekap melekat pada muka ketika tidur.
Makanan
Makan yang cukup tetapi bukan
berlebihan. Jangan kerana ingin kurus, anda rela berlapar setiap hari. Cara
baik, makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang. Makan makanan mengikut
piramid makanan. Pastikan semua menu sihat disediakan.
Lakukan rawatan wajah
Luangkan masa untuk memanjakan diri
seperti membuat rawatan kulit, mencuci rambut di salun, melakukan sauna dan spa
atau menikmati mandian buih di rumah. Anda boleh melakukan sendiri. Cari
pelbagai jenis bunga yang wangi dan mandi. Bunga dikatakan mempunyai tenaga
tersendiri untuk mencantikkan tubuh badan.
Elak tekanan
Stres mempercepatkan proses
penuaan. Nikmatilah muzik lembut di bilik tidur bagi meredakan ketegangan.
Anggap diri hebat
Anggap diri sentiasa hebat dan
cantik. Ramai pakar psikologi berpendapat apabila seseorang itu yakin dengan
sendirinya penampilan akan menyerlah.
Ketawa
Ketawa penawar duka. Sentiasa
senyum kerana senyuman terapi paling mudah menghalang proses penuaan.
Tip kecantikan wajah:
Sama ada lelaki atau wanita
seharusnya menjaga kulit mereka daripada sebarang masalah.
Antaranya dengan:
1. Cuci tangan sebelum menyentuh
wajah anda.
2. Lakukan pembersihan kulit pada
pagi dan malam kerana pada awal pagi kulit mengeluarkan lemak dan kotoran
manakala pada waktu malam walaupun anda tidak memakai mekap kulit mudah
menerima kotoran.
3. Pada waktu malam luangkan masa
untuk membuat urutan bagi melancarkan peredaran darah dan sel baru.
Urutan lembut selama dua minit
dapat menghilangkan keletihan, menenangkan wajah dan memberi kecerahan kepada
kulit.
Salam. minta izin utk share ye..
ReplyDeleteboleh..
Delete