Tekanan darah selalunya boleh timbul kerana ada penyakit
lemah jantung, sakit buah pinggang dan mungkin juga baru hamil. Orang-orang
yang terlalu gemuk melebihi dari had normal boleh mengalami penyakit darah
tinggi.
Gejala penyakit,sentiasa sakit kepala, sukar tidur, cepat
lupa, sukar memusatkan fikiran dan mudah marah.
Beberapa cara pengubatannya:
- Sediakan bawang putih tiga ulas, buang kulitnya, bersihkan. Setelah itu, dihiris-hiris,rendam dengan air mendidih sebanyak setengah cawan. Biarkan beberapa lama sehingga menjadi suam kuku. Air ini boleh diminum pagi dan petang. Isinya juga boleh dimakan.
- Sediakan sebiji mentimun, dibuang kulitnya,dikisar hingga halus. Kemudian ditapis dan diminum airnya. Lakukan setiap pagi dan petang.
- Kurangkan minum kopi dan koko, mendapat tidur yang cukup, hindarkan dari kemarahan,kurangkan makan, makanan yang bergaram, berlemak dan tinggi kolesterolnya. Lebih baik banyakkan makan buah belimbing.
No comments:
Post a Comment