Penggantian musim sering menimbulkan pelbagai gangguan
kesihatan termasuklah selsema, demam dan sebagainya. Biarpun hanya gangguan
kesihatan yang kecil, tetapi ia boleh mengganggu aktiviti seharian anda. Sebenarnya,
ia boleh di cegah iaitu dengan cara memperkuatkan system imunisasi tubuh. Ikuti
cara-cara utnuk mencegah gangguan kesihatan seperti berikut:
1. Membaca Al- Quran
Kajian menunjukkan bahawa membaca atau mendengar Al-Quran
boleh memberi kesan yang baik kepada system imunisasi tubuh wanita yang sedang
hamil. Ia boleh meningkatkan lagi system kekebalan tubuh si ibu.
2. Urutan
Urutan limpatik merupakan salah satu cara terbaik untuk
mengeluarkan racun-racun dari dalam tubuh agar tubuh lebih relaks dan tenang.
Daripada mengubati, lebih baiklah anda memanjakan tubuh dengan melakukan
urutan. Anda boleh melakukan urutan sambil menjalani perawatan kecantikan di
spa-spa.
3. Berehat
Stress boleh menurunkan kadar imunisasi tubuh anda. Jadi
sebaiknya cuba luangkan waktu untuk rehat dan merehatkan tubuh. Jika tuntutan
kerja agak membebankan sehingga memberi tekanan kepada anda, cubalah melakukan
yoga.
4. Ketawa
Cuba lebih terbuka minda di samping itu bercerita dan
dengarkanlah lawak jenaka atau humor. Ketawa boleh meningkatkan system
imunisasi dengan cara menurunkan kadar stress dan kecemasan. Selain itu, ketawa
boleh meredakan ketegangan otot dan menigkatkan pengambilan oksigen.
5. Tidur
Tidur nyeyak selama
lapan jam sehari juga boleh meningkatkan system pertahanan tubuh. Kurang tidur boleh
meningkatkan kadar hormon stress yang seterusnya akan melemahkan system
imunisasi.
6. Senaman
Senaman berfungsi untuk menignkatkan hormone-hormon yang
menguatkan imunisasi tubuh. Selain itu, olahraga juga merupakan cara yagn baik
untuk mengurangkan kadar stress.
7. Minum air putih
Minum air putih merupakan langkah penting untuk mendapatkan
kulit sihat. Kulit merupakan antara pertahanan pertama tubuh dalam melawan
jangkitan luar.
8. Makan sihat
Mereka yang obes dinyatakan lebih sukar melawan jangkitan
penyakit, jadi lebih baik mempertahan berat badan ideal dengan menerapkan pola
makan yang sihat. Ambillah diet kaya buah-buahan dan sayur-sayuran untuk
mendapatkan semua vitamin dan mineral yang diperlukan tubuh.
No comments:
Post a Comment