MAHSURI (kiri) bersama Rozita sempena
majlis Melangkah ke Gerbang Keemasan bersama Safi Rania Gold di Port Dickson
baru-baru ini.
WARNA ungu dan kuning keemasan memenuhi ruang legar Avi
Lounge, Avillion Port Dickson, Negeri Sembilan, baru-baru ini. Bertambah
mengasyikkan apabila para tetamu yang duduk di tengah-tengah pelantar
dikelilingi kerusi bulat rona keemasan turut disambut mesra dengan deruan ombak
Selat Melaka.
Itulah keistimewaan yang diperoleh sepanjang berlangsungnya
majlis Melangkah ke Gerbang Keemasan bersama Safi Rania Gold.
Menurut Pengurus Kumpulan Produk Safi, Mahsuri Sulaiman,
sejak rangkaian produk Safi Rania Gold dilancarkan pada tahun 2009, sambutan
pengguna terhadap produk kecantikan itu cukup menggalakkan.
Dalam tempoh tiga tahun, statistik jualan produk Safi Rania
Gold menunjukkan peningkatan yang positif meskipun terpaksa bersaing dengan
jenama tempatan dan antarabangsa yang lain.
“Paling membanggakan adalah apabila kajian oleh AC Nielson
pada tahun lalu mendapati Serum Safi Rania Gold yang bertindak sebagai agen
antipenuaan merupakan serum awet muda nombor satu di Malaysia. Ini antara
pencapaian terbaik dan penghormatan bagi pihak Safi Rania Gold.
“Secara asasnya, produk Safi Rania Gold, dicipta untuk
golongan wanita yang berusia antara 30 dan 40 tahun. Namun kini, remaja seawal
usia 24 tahun pun sudah menggunakan produk Safi Rania Gold,” jelas Mahsuri
kepada Kosmo!, baru-baru ini.
Tambah Mahsuri, Safi Rania Gold menjadi simbol perjalanan
wanita moden yang mampu mengecapi kejayaan dan mengharungi cabaran dalam
kehidupan mereka. Mereka memberikan yang terbaik buat keluarga dan kerjaya
serta berazam untuk terus berjaya.
Formula diperkaya
Justeru, bagi memastikan kelompok wanita berterusan berusaha
mencapai tahap cemerlang, di samping mengekalkan kecantikan dan keanjalan
kulit, maka Safi melancarkan produk Safi Rania Gold terbaharu yang diperkaya
dengan sebatian amino peptida.
Jelas Pengurus Penyelidikan dan Pembangunan Produk Wipro Unza
(M) Sdn. Bhd., Eileen Tan, kombinasi nano emas 24k bersama amino peptida
memberikan dwikuasa kehebatan emas pada kulit wajah. Ia membantu mengembalikan
keanjalan kulit, tona kulit sekata, mengurangkan garisan kedutan dan
melambatkan penuaan.
“Amino peptida juga bertindak meningkatkan sintesis kolagen
dan menghasilkan kolagen I dan III pada wajah sebanyak dua kali ganda.
Kedua-dua kolagen ini ialah sejenis kolagen yang wujud dalam dermis untuk
membentuk gentian.
“Umum mengetahui apabila usia meningkat, kadar penghasilan
dan keanjalan kolagen semakin berkurangan. Dengan adanya paduan nano emas 24k
dengan amino peptida, maka ia boleh memaksimumkan penghasilan kolagen serta
melindungi lapisan dalaman kulit daripada rosak,” kata Eileen.
Safi jenama halal
Sementara itu, duta Safi Rania Gold yang dilantik pada bulan
April tahun lalu, Rozita Che Wan, menyifatkan keistimewaan dan keunikan produk
berkenaan bukan saja terletak pada kandungan nano emas 24k dan amino peptida
yang bermutu, malah produk itu juga disahkan halal.
“Jika diperhatikan, pada hari ini wanita Muslim mengimpikan
wajah yang menawan dan bebas daripada masalah jerawat, pigmentasi serta
garis-garis halus. Namun, dalam proses mencantikkan wajah ini, mereka
mementingkan penggunaan produk yang halal dan suci. Maka, produk Safi Rania
Gold pilihan yang tepat.
“Tambahan pula, produk terbaharu yang terdiri daripada
pencuci wajah, skrub, krim pelembap siang, krim pelembap malam dan krim kecantikan
ini mengandungi bahan tambahan iaitu amino peptida.
“Ia meresap jauh ke dalam kulit dan dalam tempoh dua minggu,
pengguna dapat melihat hasil yang menakjubkan,” luah Rozita, 38, ibu kepada dua
cahaya mata lelaki dan pelakon wanita popular di Malaysia.
Rangkaian produk Safi Rania Gold boleh didapati di semua
farmasi dan pasar raya utama di seluruh Malaysia. Ia dijual pada harga antara
RM8.90 hingga RM33.90.
No comments:
Post a Comment