PEMAKAIAN bedak asas secara betul dan teratur akan menjadikan
wajah lebih sempurna. Namun mungkin ada antara kita membeli bedak asas akibat
terpengaruh dengan kata-kata jurujual tanpa memikirkan kesan yang boleh berlaku
pada kulit sekiranya bedak asas itu kurang sesuai.
Menurut Adilla Zainuddin yang mengusahakan pusat kecantikan
berasaskan produk kosmetik terkemuka Farmasi Colour Cosmetics (FCC) di Seksyen
15, Shah Alam, Selangor, pemakaian bedak asas yang betul boleh menyerlahkan
lagi penggunaan mekap.
SEBELUM...wajah kelihatan tidak bermaya.
SAPU...bersihkan
wajah terlebih dulu sebelum mengenakan sebarang mekap terutama bedak asas bagi
memastikan sapuan lebih bersih dan sekata.
TAMBAHKAN...ratakan
bedak pada seluruh wajah.
LETAK...gunakan
pembayang mata dengan warna yang lebih gelap.
RATAKAN...ratakan
warna pembayang mata tadi untuk menghasilkan kesan lebih menarik.
BENTUK...lorekkan
celak bagi menyerlahkan bentuk mata.
GUNA...gunakan
putik kapas untuk menghilangkan lebihan warna pembayang mata yang digunakan.
LUKIS...bagi
memberikan bentuk mata yang lebih menarik gunakan celak cecair sebagai daya
penarik pada kelopak mata.
PELENGKAP...akhir
sekali gunakan maskara untuk menggelapkan bahagian bulu mata.
Katanya, disebabkan itulah bedak asas terbahagi kepada beberapa jenis
iaitu bahan berunsur cecair, krim serta mousse. Malah, cara penggunaannya juga
berbeza sungguhpun ia dikategorikan dalam produk yang sama.
“Bagi mereka yang berkulit kering, pilihlah bedak asas jenis krim manakala bedak asas jenis cecair pula lebih sesuai bagi mereka berkulit normal serta berminyak.
“Selain itu, kita perlu menitikberatkan warna bedak asas bagi memastikan mekap nampak lebih berseri dan menarik,” katanya.
Adilla berkata, pemilihan bedak asas perlu disesuaikan mengikut warna
kulit tanpa mengira mereka yang berkulit cerah ataupun sawo matang.
Panduan memilih paling mudah ialah memadankan bedak asas dengan kulit pada bahagian leher, bukannya dicuba pada tangan.
Harus diingatkan bedak asas yang digunakan tidak boleh terlalu cerah ataupun terlalu gelap daripada kulit kerana ia boleh mempengaruhi hasil akhir solekan.
Jika ingin selamat, gunakan warna natural sebagai bedak asas bagi mengelakkan solekan wajah anda menjadi seperti tepung gomak (berbeza sama sekali).
“Selain itu, apabila menggunakan bedak asas, pastikan anda menyapu seluruh wajah dengan sekata dan tidak bertompok.
“Gunakan berus ataupun span kerana sapuan akan jadi lebih rata dan solekan tampak menarik,” katanya.
Tip penggunaan berus untuk bedak asas:
● Cari berus yang diperbuat daripada bahan sintetik supaya tidak terlalu menyerap bedak dan dibuang begitu saja dengan kadar yang kerap.
● Pilih bentuk bulu yang nipis di bahagian hujungnya agar bedak asas lebih
mudah disapu pada wajah.
● Untuk menjaga kebersihan berus, basuh dengan sabun dan air suam sekurang-kurangnya seminggu sekali.
● Gunakan gerakan sehala untuk menghasilkan sapuan yang rata dan lebih halus pada wajah.
Terima
kasih:
Tatarias dikendalikan
Tatarias dikendalikan
FCC Colors Your Lifestyle, Kompleks Otomobil, Seksyen 15, Shah Alam, Selangor.
Model: Watilin Semaila
No comments:
Post a Comment