PASTINYA ramai yang tertanya-tanya apa kaitan antara fruktos,
hormon dan obesiti atau kegemukan.
Tentu juga ramai yang kurang arif tentang apa itu fruktos.
Fruktos atau fruktosa adalah gula tiruan yang dihasil menggantikan gula asli.
Disebabkan lebih murah, ia digunakan dengan meluas sebagai
pemanis terutama dalam pembuatan roti, biskut, minuman dalam tin bahkan menjadi
gula utama dalam industri makanan.
Ia yang diproses melalui ekstrak jagung berbeza dari glukosa
yang merupakan gula penting bagi kegunaan sel. Fruktosa langsung tidak
diperlukan oleh sel kita.
Apa pula kaitannya dengan hormon dan obesiti? Disebabkan
tidak ada keperluan dalam badan, fruktosa diproses menjadi lemak trigliserida
yang berbahaya dan asid urik yang menjejaskan kesihatan.
Fruktosa juga merosakkan hormon dengan cara mengeluarkan
protein perosak hormon. Hormon yang rosak tidak mampu berfungsi memproses gula
dan lemak kepada tenaga. Sebab itu tubuh kekal gemuk walaupun puas berdiet.
Bagi kebanyakan kes obesiti, ia berpunca daripada pengambilan fruktosa dalam
pemakanan seharian.
Di sini disertakan contoh-contoh kes obesiti degil yang
dialami oleh masyarakat kita hari ini. Ia menunjukkan betapa sukarnya mengatasi
masalah ini.
Ramai yang tidak sedar, mereka gagal kurus walaupun telah
mencuba pelbagai kaedah rawatan dan diet kerana sistem pembakar lemak dalam
tubuh sudah rosak.
Menurut pengamal perubatan estetik, Dr. Rushmini Maris
Ismail, satu cara untuk mengatasi obesiti degil ialah dengan menghentikan pengambilan
fruktosa. Cara itu katanya, membolehkan peningkatan enzim dan hormon
bioidentikal yang menjadikan lemak mudah pecah.
Apabila seseorang mengawal makan atau berpuasa, tubuh akan
membakar makanan yang tersimpan iaitu glycogen dalam otot dan hati.
Sekilogram glycogen akan membawa bersamanya empat kilogram
air. Maka berat yang hilang ialah berat air dan glycogen. Apabila diet berhenti
glycogen akan terhasil semula. Akibatnya, dalam keadaan enzim yang rosak tubuh
akan memproses lemak lebih banyak.
Maka berat badan bukan ukuran tepat pemecahan lemak. Yang
terbaik ialah mengukur saiz tubuh atau mengambil gambar dari semasa ke semasa.
Masalah obesiti dari zaman kanak-kanak berpunca dari paras
hormon dan enzim yang rendah sememangnya boleh dipulihkan.
Pengambilan pil kurus pula biasanya akan mengganggu fungsi
hormon dan enzim.
"Ia cuma merangsang kelenjar adrenal menjadikan
seseorang kurus pada peringkat awal. Namun akhirnya merosakkan sama sekali
kelenjar adrenal. Keadaan itu menyebabkan seseorang itu lemah dan lesu.
"Sebab itu cara penting untuk mengatasi obesiti degil
ialah dengan meningkatkan fungsi hormon dan enzim," kata Dr. Rushmini.
Bagi mereka yang gemuk dan kurang tenaga, perlu dijalankan
analisis bagi memeriksa tahap metabolik.
Sebab itu katanya, bagi yang mahukan kejayaan 100 peratus
dalam mengatasi obesiti, fungsi hormon perlu dibetulkan terlebih dahulu.
Bagi yang berminat mengetahui rawatan hormon untuk atasi
obesiti boleh hubungi 03-87234808 dan 013-2448484
No comments:
Post a Comment