KOMANDER ISS, Oleg Kononenko (kanan) dan angkasawan, Donald Pettit menunjukkan isyarat bagus ketika berada di dalam kapal angkasa Dragon semalam.
CAPE CANAVERAL, Amerika Syarikat (AS) - Beberapa kru Stesen Angkasa Lepas
Antarabangsa (ISS) semalam menjejakkan kaki ke dalam kapal angkasa lepas
komersial pertama di dunia, Dragon SpaceX.
Kapal angkasa buatan syarikat SpaceX tersebut tiba di ISS
pada hari sebelumnya.
Angkasawan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas
Kebangsaan (NASA), Donald Pettit merupakan orang pertama yang masuk ke dalam
kapsul Dragon.
Beliau berkata, kapsul berkenaan yang berbau seperti sebuah
kereta baharu, boleh membawa muatan menyamai kapasiti sebuah trak pikap.
Pettit dan kru lain mempunyai masa hingga pertengahan minggu
depan untuk mengeluarkan bekalan makanan yang dibawa Dragon dan mengisi kapsul
berkenaan dengan barangan untuk dihantar ke Bumi.
Berpangkalan di California, SpaceX merupakan syarikat swasta
pertama yang menghantar kapal angkasa ke ISS.
NASA menyerahkan tugas penghantaran tersebut bagi memberi
tumpuan kepada misi untuk menghantar angkasawan ke asteroid dan Planet Marikh.
- Agensi
No comments:
Post a Comment