ASKAR Colombia mengawal sebuah kapal
selam buatan sendiri di sebuah kawasan hutan di sungai Cajambre, 64 kilometer
ke pelabuhan Buenaventura kelmarin.
BUENAVENTURA, Colombia - Pihak berkuasa Colombia kelmarin
memberitahu, pihaknya telah merampas sebuah kapal selam buatan sendiri dekat
bandar pelabuhan ini yang berupaya membawa sehingga lima tan dadah.
Tentera Laut Colombia dalam satu kenyataan berkata, rampasan
kapal selam tersebut adalah yang pertama untuk tahun ini, tetapi sebanyak 76
kapal selam serupa telah dirampas sejak 1993.
Kapal selam sepanjang 7.5 meter (m) dan lebar 1.5m itu direka
untuk ditunda oleh kapal lain untuk menuju ke destinasi yang ditetapkan.
Kapal selam itu ditemui bersama sebuah bot laju yang boleh
mengangkut 10 tan lagi dadah.
Digelar kapal selam dadah atau torpedo narkotik, kenderaan
air tersebut popular dalam kalangan pengedar dadah yang cuba mengelak daripada
dikesan oleh pihak berkuasa.
No comments:
Post a Comment