PELBAGAI jenis ketam yang terdapat di dalam muzium milik Islentyev.
KRASNOYARSK, Rusia - Seorang pesara, Vitaly Islentyev
menyimpan pelbagai jenis peralatan ketam di sebuah muzium miliknya di bandar
Yeniseisk.
Menurut maklumat yang terdapat dalam Book of Records of
Russia, dia mempunyai koleksi peralatan itu yang terbanyak di negara ini.
Kira-kira 760 ketam yang diperbuat di Jerman, United Kingdom,
Perancis, Rusia dan negara-negara lain dipamerkan di muzium itu.
Muzium tersebut turut mempamerkan ketam yang dihasilkan pada
abad ke-18 dan ke-20.
Ketam digunakan untuk melicinkan permukaan kayu.
Islentyev, 65, yang pernah bekerja sebagai seorang pemandu
kenderaan turut mempunyai sejumlah koleksi akordion dan alat pemain piring
hitam. - Agensi
No comments:
Post a Comment