Kata orang-orang uta, kalau kita sakit kepala, rasa
pening-pening, ambillah sebiji bawang putih yang kecil. Hiris nipis-nipis dan
tampal pada bahagian kiri dan kanan pelipis. Biarkan semalaman. Gunanya untuk
menyerap bisa pada yang menyebabkan kepala kita sakit.
Kita tak perlu tanggalkan hirisan bawang tadi, sebab ia akan
kering dan tanggal dengan sendirinya. Pelipis kita kan bertukar warna menjadi
merah kehitaman dan mengelupas dalam masa dua atau tiga hari.
Selain bawang putih, ada juga satu cara yang lain untuk
menghilangkan sakit kepala, iaitu dengan menggunakan ramuan bawang putih dan
bawang merah. Sebiji bawang merah besar dan lima biji bawang putih dihancurkan
sehingga lumat dan dicampurkan dengan satu sudu besar madu. Kemudian sapukan
pada kulit kepala dan urut dengan lembut. Balut kepala dengan tuala suam.
Biarkan semalaman dan pening kepala akan hilang.
Anda tidak suka dengan kedua-dua petua menghilangkan sakit
kepala dan pening kepala seperti di atas? Baiklah, apa kata kita gunakan daun
lemuni. Daun lemuni ini sebenarnya adalah ramuan untuk membuat nasi kerabu
hitam. Air perahannya merupakan pewarna asli yang digunakan untuk memberi warna
biru kepada nasi kerabu.
Daun lemuni merupakan kaedah termudah dalam merawat sakit
kepala atau pening kepala. Ambil daun lemuni beserta batangnya yang masih
lembut dalam berat lingkungan satu kilogram. Masukkan ke dalam sarung bantal
untuk kegunaan mengalas kepala. Pesakit kepala perlu menggunakan bantal berisi
daun dan batang lemuni ini semasa tidur selama 2-3 hari. Insyaallah sakit dan
pening kepala akan hilang, kepala akan terasa ringan.
No comments:
Post a Comment