Liu Yang, angkasawan wanita pertama
China.
BEIJING - China mengumumkan negara itu akan menghantar
angkasawan wanita yang pertama ke angkasa lepas hari ini.
Liu Yang, 33, seorang juruterbang tentera udara, bersama
dengan dua angkasawan lelaki, akan berlepas menerusi kapal angkasa Shenzhou 9,
lapor agensi berita Xinhua.
"Sejak hari pertama saya diberitahu bahawa saya tidak
berbeza daripada angkasawan-angkasawan lelaki," kata Liu.
Juruterbang veteran itu dipilih sebagai calon angkasawan pada
Mei 2010.
Misi Shenzhou 9 kapal angkasa keempat China dan yang pertama
sejak 2008. Ia dijadual berlepas pada jam 6.37 petang ini (waktu tempatan) dari
pusat pelancaran Jiuquan di wilayah Gansu, barat laut China.
Ketiga-tiga mereka akan singgah di Tiangong 1, modul stesen
ujian di ruang angkasa lepas, yang sedang mengorbit bumi dan menjalankan
ujian-ujian saintifik.
Misi terbaru ini, kendalian tiga angkasawan ini. adalah yang
pertama akan berlabuh di Tiangong 1.
No comments:
Post a Comment