expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, 13 June 2012

Butiran permohonan domain baru diketahui esok





SAN FRANCISCO: Peserta yang memohon mendapatkan hak domain Internet unik akan diketahui apabila agensi yang bertanggungjawab dalam menguruskan alamat laman sesawang itu mendedahkannya esok.


Agensi The Internet Corporation for Assigned Names and Numbers (ICANN) bakal menyiarkan butiran itu dalam sidang media di London.


Lebih 1,900 permohonan untuk menjalankan operasi laman sesawang menggunakan domain selain .com diterima, termasuk melalui domain .web dan .porn .ICANN mula membuka permohonan pada Januari lalu dan mereka menerima hampir apa saja perkataan bagi domain yang dihajati, termasuk menggunakan nama syarikat, pertubuhan dan bandar.


Sistem baru itu membolehkan generik dikenali sebagai Top-Level Domains (gTLDs) seperti .Apple, .IMF atau .Paris digunakan.


Menurut ICANN, penggunaan meluas Internet - dengan dua bilion pengguna di seluruh dunia - memerlukan nama baru digunakan. - AFP

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com