IMEJ yang bertarikh 25 Julai 2007
menunjukkan dua orang berjalan di laluan pejalan kaki di bandar Middleborough.
MIDDLEBOROUGH, Amerika Syarikat - Penduduk di bandar ini,
dekat Boston kelmarin bersetuju supaya mereka yang bermulut celupar membayar
denda sebanyak AS$20 (RM64) jika didapati menyumpah seranah di tempat awam.
Dalam satu mesyuarat penduduk, 183 penghuni bandar berkenaan
menyokong denda tersebut manakala 50 lagi membantah cadangan itu.
Denda itu merupakan cadangan daripada ketua polis tempatan.
Beberapa pegawai memberitahu, cadangan tersebut bukan
bermaksud menapis perbualan tetapi bagi menghalang pengunaan bahasa kesat
secara lantang oleh golongan remaja dan belia di pusat bandar dan taman awam.
"Saya benar-benar gembira berhubung peraturan baharu
ini.
"Mereka (remaja) duduk di atas bangku dan menjerit ke
arah satu sama lain dengan menggunakan bahasa paling kesat yang anda pernah
dengar, perlakuan tersebut adalah sangat tidak wajar," kata pemilik kedai,
Mimi Duphily selepas sesi pengundian itu. - Agensi
No comments:
Post a Comment