expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday 20 June 2012

Fakta: Rahsia Alam (Bahagian 6)




  • Sotong mempunyai tiga jantung.


  • Bau merupakan cara komunikasi yang utama untuk musang. Ekor yang berbulu lebat dan besar (berus) membantu untuk menyebarkan bau di kawasan sekeliling! Apabila musang keletihan baunya akan kurang. Bila tidur tiada bau yang keluar.


  • Burung bangau bukan dilahirkan warna merah muda. Warna diperolehi dari makanan yang mengandungi pewarna “carotenoids”. Boleh mengambil lasa sehingga 3 tahun untuk anak bangau bertukar dari kelabu ke warna merah muda.


  • Ketam terkenal berjalan dari sisi!.


  • Kuda tidak boleh bernafas melalui mulut mereka.


  • Hanya unta simpan kebanyakkan lemaknya di dalam bonggol. Jika makanan, sukar dicari lemak ini akan memberi tenaga. Apabila lapar bonggol akan mengecut, kadang-kadang jatuh dan mengendur ke tepi. Selepas beberapa minggu rehat dan makan, ia akan menjadi kental dan berisi semula. Ianya bukan tempat menyimpan air seperti anggapan orang ramai.


  • Penglihatan “moose” (rusa besar) tidak baik dan mereka bergantung kepada deria bau yang tajam.


  • Cahaya kunang-kunang adalah cahaya yang sejuk dan tidak mengeluarkan haba. Untuk perbandingan, mentol elektrik yang biasa mengeluarkan 10% tenaga untuk cahaya manakala 90% pembaziran haba.


  • Kebanyakkan hamster kerdip hanya satu mata pada satu masa.


  • Anjing laut boleh menyelam sehingga 1,000 kaki dalam. Semasa menyelam, degupan jantung diperlahankan ke 4-15 degupan seminit. Dengan cara ini oksigen digunakan lebih perlahan. Oleh itu, ia boleh berada di dalam air lebih dari 30 minit. 

 

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com