KAPAL angkasa KAPAL angkasa
Shenzhou-9 (kanan) mendekati Tiangong-1 di angkasa lepas semalam.
BEIJING - China menamatkan misi berlabuh automatik di angkasa
lepas semalam sebelum tiga angkasawan di dalam sebuah kapal angkasa memasuki
sebuah modul yang mengorbit Bumi.
Kapal angkasa Shenzhou-9 yang berlepas pada Sabtu lepas dan
membawa angkasawan wanita pertama China bercantum dengan modul angkasa lepas
Tiangong-1.
Misi berkenaan disiarkan secara langsung oleh stesen
televisyen China.
Ini kali ketiga China melakukan misi berlabuh secara
automatik selepas dua misi serupa dilaksanakan pada November tahun lalu.
Namun, misi kali ini berbeza kerana membawa bersama tiga
angkasawan ke Tiangong-1.
Mereka terdiri daripada Komander Jing Haipeng, Liu Wang dan
angkasawan wanita pertama China, Liu Yang.
Matlamat utama misi selama 13 hari itu adalah untuk melakukan
prosedur berlabuh secara manual.
China turut merancang menyiapkan pembinaan sebuah stesen
angkasa lepas di orbit Bumi menjelang 2020.
Matlamat tersebut memerlukan tekonologi berlabuh yang
sempurna seperti yang pernah dilakukan kapal angkasa lepas Amerika Syarikat dan
Rusia dalam tahun 1960-an.
Teknik berkenaan sukar dikuasai kerana melibatkan dua kapal
angkasa yang berada di orbit sama dan berputar mengelilingi Bumi pada kelajuan
beberapa ribu kilometer sejam.
Kapal angkasa dan stesen berkenaan perlu bercantum
perlahan-lahan bagi mengelakkan kedua-duanya berlanggar dan berkecai. - Agensi
No comments:
Post a Comment