expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday 19 June 2012

Kelantan mahu tiga mata penuh

BOJAN HODAK


BERDASARKAN reputasi semasa, skuad The Red Warriors dilihat tidak mempunyai masalah untuk menjinakkan pasukan di tangga tercorot, Kuala Lumpur pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu malam ini.


Kelebihan beraksi di gelanggang sendiri perlu dimanfaat untuk meraih tiga mata penuh bagi mencerahkan harapan mempertahankan kejuaraan liga yang dimenangi pada musim lalu.


Bagaimanapun, pengendali Kelantan, Bojan Hodak enggan memikirkan kelebi han tersebut tetapi mahu para pemainnya fokus dan meraih tiga mata penuh pada pertemuan malam ini.


Tanpa berselindung, Hodak mengakui yang pertemuan ini bukanlah tugas mudah buat barisan pemainnya, kerana Kuala Lumpur pernah mengikat pasukan di tangga teratas liga, Lions XII pada perlawanan sebelum ini termasuk seri dengan PKNS pada Sabtu lalu.


"Mereka pasukan hebat dan memiliki ramai pemain muda berbakat serta mengamalkan rentak permainan yang laju. Ini pasti memberikan sedikit masalah buat kita.


"Begitupun Kelantan tidak akan memberikan laluan mudah buat mereka. Jadi, saya menuntut semua pemain memberikan komitmen sepenuhnya pada perla- wanan ini dan memastikan tiga mata menjadi milik Kelantan," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.


Dalam perkembangan lain, pengendali kelahiran Croatia itu memberitahu, Kelantan bakal kehilangan seorang lagi tonggak pertahanan kental Farisham Ismail yang dilaporkan mengalami kecederaan ACL ketika aksi persahabatan bertemu Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 8 Jun lalu.


"Dia (Farisham) terpaksa berehat sehingga akhir musim. Bagaimanapun, saya masih mempunyai beberapa pemain yang mampu menampung kekosongan yang ditinggalkan oleh pemain ini.


"Begitu juga dengan Nweneri Obinna yang masih cedera dan sedang menerima rawatan di Majlis Sukan Negara (MSN).


"Ujian MRI yang dijalankan tidak menunjukkan apa-apa kecederaan serius yang dialami Obinna," tegasnya.


No comments:

Post a Comment

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com